UMRAH & ZIARAH

  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI Ber-4 (RM/ORG) Ber-3 (RM/ORG) Ber-2 (RM/ORG) PESAWAT INFO
Tiada pakej disediakan ketika ini

UMRAH ZIARAH AL-AQSA & JORDAN (AMMAN)

14 HARI 12 MALAM

”Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah untuk Allah” (Al-Baqarah – 196)

TARIKAN UTAMA:

  1. Gua Al-Kahfi – Tanda kebesaran Allah SWT dan nilai Iman
  2. Laut Mati – mukjizat Al-Quran & teladan untuk manusia
  3. Masjid Al-Aqsa – tempat Mikraj Nabi sallallahu alaihe wasalam dan bumi Mansyar dan Mahsyar (bumi tempat dibangkitkan semua manusia dari kubur dan dihimpunkan untuk penghisaban) & bumi hijrah Nabi Ibrahim alaihe salam

HARI 01 (13/12/16): KLIA – DOHA – AMMAN [MM]

Berkumpul di KLIA jam 11:50 malam (12/12/2016) untuk urusan pendaftaran masuk penerbangan ke Amman melalui Doha jam 3:00 pagi. Ketibaan di Amman jam 11:00 pagi, anda akan disambut oleh wakil kami, gua Ashabul Kahfi, Amman Citadel, Old Amman serta Masjid Al-Hussaini, Masjid King Hussein dan mendaftar masuk hotel di Amman.

 

HARI 02 (14/12/16): AMMAN – JERICHO – JERUSALEM [SP/MT/MM]

Selepas sarapan, kemudian bertolak ke Jerusalem melalui Allenby, terus ke Jericho* ziarah tempat yang dipercayai pernah menjadi persinggahan Nabi Musa as (kini merupakan sebuah masjid), sampai di Jerusalem – menziarahi makam sahabat Nabi saw di tanah perkuburan Bab Ar-Rahmah atau Bab Al-Asbadh;, menyertai Bai’ah A-Aqaba’, lahir di Madinah dan meninggal di Baitul Maqdis sahabat unggul & perawi hadis Shaddad bin Aus Al-Bukhari Al-Ansari pada tahun 58 Hijrah pada usia 75 tahun. Rasulullah saw bersabda mengenai beliau maksudnya: ”Shaddad adalah dikalangan orang yang dikurniakan Allah swt dengan ilmu dan kelembutan/Al-Hilm.” dan makam sahabat Ubadah bin As-Somit Al-Khazraji Al-Ansari ra, qadhi Islam yang pertama di Baitul Maqdis, meninggal di Ramlah pada tahun 34 Hijrah pada usia 72 tahun, juga seorang perawi Hadis Rasulullah saw. Menziarahi Al-Haram Al-Sharif yang terdiri dari Dome of the Rock (Qubbah Al-Sakhra’- (batu tergantung yang mahsyur kisahnya dalam peristiwa Mikraj Nabi saw), masjid Al-Aqsa), melawat ”The Wailing Wall” (tempat ibadat orang Yahudi- saksikan sendiri bagaimana mereka beribadat di sini). Daftar masuk hotel, makan malam dan rehat. Bermalam di Jerusalem.

*JERICHO – terletak berhampiran Sungai Jordan di Tebing Barat Palestin, kedudukannya di bawah paras laut 16 km ke utara Laut Mati, ia merupakan lokasi terendah di dunia yang berkekalan dihuni manusia.

 

HARI 03 (15/12/16): Jerusalem – Hebron – Bethlehem – Jerusalem [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi ziarah bertolak ke Hebron bagi menziarahi masjid Khalilulrahman Nabi Ibrahim as dan makam beliau, makam Nabi Ishak dan isterinya Rifqah, ke Bethlehem tempat yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Nabi Isa as (terletak dalam Gereja Nativity), ke gunung Zaiton (Mount of Olive) di sini anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Dome of the Rock, menziarahi makam Sahabat Nabi saw Salman Al-farisi dan wali Allah Rabi’atul Adawiyyah, menziarahi Old City of Jerusalem (Muslim Quarter) sekali lagi anda berpeluang menziarahi Al-Haram Al-Sharif untuk bersolat di Masjid Al-Aqsa, Dome of the Rock, Masjid Al-Buraq dan lain-lain tempat suci di sekitarnya. Menziarahi Masjid Umar, melihat dari luar Church of Holy Sepulcher (dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat Nabi Isa as disalib). Bermalam di Jerusalem.

HARI 04 (16/12/16): jerusalem @ masjid al-aqsa [sp/mt/mm]

Selepas sarapan pagi, anda bebas dengan aktiviti sendiri. Perbanyakkan masa berada di dalam Masjid Al-Aqsa.

 

HARI 05 (17/12/16): JERUSALEM – LAUT MATI – AMMAN – MADINAH [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, kembali ke Jordan, laut Mati, ke lembah Jordan bagi menziarahi makam para Sahabat Nabi sallallahu alaihe wasalam yang gugur syahid akibat wabak ahwas sejurus kembali dari peperangan Pella, antara makam Dhirar bin Al-Azwar, Abu Ubadah Al-Jarrah, & Shurahabil bin Hasnah radhiallahu anhum, membeli belah di Madinah Al-Munawwarah Street, makan malam dan ke ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Madinah jam 1:05 pagi (03/04/16).

 

HARI 06 (18/12/16): MADINAH [SP/MT/MM]

Ketibaan di Madinah, daftar masuk hotel di Madinah & rehat. Selepas sarapan, jemaah bebas dengan aktiviti sendiri seperti menziarahi Makam Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah dan beribadat di Masjid Nabawi.

 

HARI 07 (19/12/16): MADINAH (ZIARAH LUAR) [SP/MT/MM]

Pukul 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.

 

HARI 08 (20/12/16): MADINAH – DZULHULAIFAH (BIR ‘ALI) – MAKKAH [SP/MT/MM]

Selepas sarapan, buat persiapan untuk daftar keluar hotel, turunkan bagasi ke lobi hotel & makan tengahari sebelum pergi solat jumaat. Selepas solat Jumaat & jamak solat ’Asr, buat ziarah wida’ Rasulullah s.a.w. sebelum kembali ke hotel untuk bertolak ke Makkah menaiki bas. Berihram di Bir Ali. Tiba di Makkah, daftar masuk hotel, makan malam & laksanakan ibadah umrah.

HARI 09 (21/12/16): MAKKAH [SP/MT/MM]

Hari ini ahli jemaah bebas dengan aktiviti sendiri.

 

HARI 10 (22/12/16): MAKKAH (ZIARAH LUAR) [SP/MT/MM]

Selepas sarapan menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.

 

HARI 11 (23/12/16): MAKKAH [SP/MT/MM]

Acara bebas. Jemaah bebas beribadat di Masjidil Haram.

 

HARI 12 (24/12/16): MAKKAH – HUDAIBIYYAH – MEKAH [SP/MT/MM]

Hari ini jemaah akan dibawa ke Hudaibiyyah untuk bermiqat dan ladang ternakan unta. Lawatan ke Muzium Ka’abah sekiranya keizinan diberikan.

 

HARI 13 (25/12/16): MEKAH – JEDDAH – DOHA [SP/MT]

Selepas sarapan, buat persiapan untuk daftar keluar hotel, turunkan bagasi ke lobi hotel, makan tengahari sebelum pergi solat dzohor & jamak solat ’asr. jemaah menyempurnakan tawaf wida’ sebelum kembali ke hotel untuk bertolak ke lapangan terbang jam 1:30 tengahari. Berlepas ke Doha jam 6:20 petang.

 

HARI 14 (26/12/16): KLIA

Tiba di KLIA jam 2:10 petang dengan selamat, insyaaAllah.

HARGA SEORANG:

DEWASA / WARGA EMAS

KANAK-KANAK 2 12 TAHUN

BAYI < 2 TAHUN

BILIK BER-2

BILIK BER-3

BILIK BER-4

BERKATIL

TANPA KATIL

RM 11,665

RM 10,990

RM 10,850

RM 10,118

TBA

JADUAL PENERBANGAN:

TARIKH

SEKTOR

KOD PESAWAT

ETD / ETA

13/12/2016

KUL - DOH

QR 853

0300/0530

13/12/2016

DOH - AMM

QR 402

0825/1105

17/12/2016

AMM - MED

RJ 720

0105/0320

25/12/2016

JED - DOH

QR 430

1820/2100

26/12/2016

DOH - KUL

QR 846

0110/1410

 

JADUAL PENERBANGAN LAIN:

(11 JAN-24 JAN)(15 FEB-28 FEB)(9 MAC-22 MAC)(17 APRIL-30 APRIL)

(3 MAY-16 MAY)

HARGA TERMASUK:

  • TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK KELAS EKONOMI DAN CUKAI LAPANGAN TERBANG.
  • SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG, PERPINDAHAN DARI L/TBG KE HOTEL.
  • SEMUA PENGANGKUTAN DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN BAS MODEN & BARU BERHAWA DINGIN.
  • 12 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL DI SEPANJANG PROGRAM.
  • SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM SEBAGAIMANA DALAM ATURCARA
  • Ziarah di Madinah & Makkah seperti biasa
  • Visa Umrah & Kos Muasasah
  • MINERAL WATER SEWAKTU MAKAN & AIR PANAS SEWAKTU MAKAN.
  • BUKU PANDUAN UMRAH
  • ZAM ZAM 5 LITER
  • KAIN TELEKONG UNTUK WANITA, KAIN IHRAM UNTUK LELAKI
  • BEG KEMBARA

 

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • INSURAN PERJALANAN
  • PERBELANJAAN PERSENDIRIAN

 

PENGINAPAN:

LOKASI

NAMA HOTEL

BIL. MLM

JERUSALEM/AL-AQSA

NATIONAL @ setaraf

03

AMMAN

LARSA @ setaraf

01

MADINAH

ROYAL MAKAREEM/MADINAH MUBAARAK @ setaraf -

03

MEKAH

MIRA AJYAD @ setaraf – 250m dari Masjid Al-Haram

05

NOTA: HARGA, ATURCARA, JENIS DAN TARIKH PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN

LAIN-LAIN TARIKH PENERBANGAN: 26 APRIL 2016, 17 MEI 2016

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM2000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-

Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD
Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

UNTUK TEMPAHAN SEGERA, SILA BERHUBUNG DENGAN WAKIL KAMI:

 

 

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT
  • KA - DRAGON AIR
  • CA - Air China

PERHATIAN

  • Kursus percuma  sehingga akhir bulan Sya'ban.
  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
RM 8,875