UMRAH

  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI Ber-4 (RM/ORG) Ber-3 (RM/ORG) Ber-2 (RM/ORG) PESAWAT INFO
12-04-2018
23-04-2018
23-04-2018
12H/10M 9270.00 9990.00 10990.00 EY
Aturcara

UMRAH (DIRECT MADINAH) BULAN APRIL 2018 (PAKEJ NIKMAT 5 STAR HOTEL)

12 HARI 10 MALAM

“Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah untuk Allah“ (Al-Baqarah : 196)

HARI 01: KUALA LUMPUR – ABU DHABI [MM]

Berkumpul di KLIA jam 11.45 MALAM (11/4/2018) untuk urusan pendaftaran masuk penerbangan ke Madinah melalui ABU DHABI jam 2.35 PAGI. Ketibaan di Abu Dhabi jam 6.10 PAGI. Menyambung perjalanan ke Madinah jam 9.30 pagi, ketibaan di Madinah jam 11.20 pagi. Selesai urusan imigresyen jemaah akan dibawa ke hotel Madinah, mendaftar masuk hotel dan rehat.

 

HARI 02: MADINAH [SP/MT/MM]

Selepas sarapan, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Hari ini bebas dengan aktiviti sendiri.

 

HARI 03: MADINAH (ZIARAH LUAR) [SP/MT/MM]

Pukul 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.

 

HARI 04: MADINAH (ZIARAH KE TEMPAT BERSEJARAH) [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi menziarahi lokasi Tsaqifah Bani Saadah, peperangan Badar dan Kubu Khaibar.

HARI 05: MADINAH – MEKAH [SP/MT/MM]

Selepas sarapan jemaah dibawa membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Mekah (menaiki bas), jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Mekah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk melakukan tawaf qudum & menyempurnakan ibadat umrah.

 

HARI 06: MEKAH [SP/MT/MM]

Acara bebas. Jemaah bebas beribadat di Masjidil Haram.

 

HARI 07: MEKAH (ZIARAH LUAR) [SP/MT/MM]

Selepas sarapan menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.

 

HARI 08:MEKAH [SP/MT/MM]

Acara bebas. Jemaah bebas beribadat di Masjidil Haram.

 

HARI 09: MEKAH – HUDAIBIYYAH [SP/MT/MM]

Hari ini jemaah akan dibawa ke Hudaibiyyah untuk bermiqat dan ladang ternakan unta. Lawatan ke Muzium Ka’abah sekiranya keizinan diberikan.

HARI 10: MEKAH [SP/MT/MM]

Acara bebas. Jemaah bebas beribadat di Masjidil Haram & mengerjakan umrah.

HARI 11: MEKAH – JEDDAH – ABU DHABI – KLIA [SP/MT]

Acara bebas dan jemaah menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Mekah dan bertolak ke Jeddah pada pukul 12.00 tengahari , untuk penerbangan pulang ke Malaysia melalui Abu Dhabi, pada pukul 5.20 petang.

 

HARI 12: KLIA

Ketibaan di KLIA jam 10.05 malam dengan selamat, insyaaAllah.

HARGA:

JENIS PAKEJ

BILIK BER-2

BILIK BER-3

BILIK BER-4

KANAK2 2-11 TAHUN 11 BULAN BERKATIL

NIKMAT

RM 10,990 SEORANG

RM 9990 SEORANG

RM 9270 SEORANG

RM 8970 (DI BILIK BERTIGA/BEREMPAT)

JADUAL PENERBANGAN:

Sector

FLIGHT KOD

ETD

ETA

APRIL

KUL - AUH

EY 413

0235

0610

12-04-18

AUH - MED

EY 337

0930

1120

12-04-18

JED - AUH

EY 312

1720

2050

22-04-18

AUH - KUL

EY 416

1040

2205

22-04-18

 

PENGINAPAN:-

LOKASI

BIL. MALAM

PAKEJ NIKMAT 5 STAR HOTEL

MEKAH

06

AS SAFWAH TOWER/ROYAL ORCHID/DAR EI EMAN @ setaraf

MADINAH

04

ANWAR MOVENPIC 30 meter @ setaraf 70 meter

HARGA TERMASUK:

  • TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK KELAS EKONOMI DENGAN QATAR AIRWAYS, DAN CUKAI LAPANGAN TERBANG.
  • VAT 5% (VALUE ADDED TAX SAUDI ARABIA)
  • VISA UMRAH
  • SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG, PERPINDAHAN DARI L/TBG KE HOTEL VICE VERSA.
  • SEMUA PENGANGKUTAN DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN BAS MODEN & BARU BERHAWA DINGIN.
  • 04 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL 5 STAR DI MADINAH DAN 6 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL 5 STAR DI MEKAH DI SEPANJANG PROGRAM DENGAN SARAPAN PAGI.
  • MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM SEBAGAIMANA DALAM ATURCARA DENGAN BUFFET.
  • ZIARAH DI MADINAH & MEKAH SEPERTI DALAM ATURCARA
  • BUKU PANDUAN UMRAH, KAIN TELEKONG UTK WANITA DAN KAIN IHRAM UTK LELAKI
  • AIR ZAM ZAM 5 LITER
  • KHIDMAT MUTAWWIF

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • PERBELANJAAN PERSENDIRIAN
  • INSURAN PERJALANAN
  • SOFT DRINK/AIR PANAS ATAU SEJUK YANG DIPESAN SEWAKTU MAKAN.

NOTA:

HARGA, ATURCARA, JENIS PENERBANGAN DAN TARIKH PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN

 

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM 1000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

  1. Tempoh pemulangan wang (Refund) akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembatalan dibuat.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Sebarang kelulusan Visa (jika Ada) adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negara. Pihak SafirGoTravel Sdn bhd tidak bertanggungjawab jika ada mana- mana penolakan visa berlaku. Pihak SafirGotravel hanya bantu dari segi penyediaan dokumentasi sahaja. Makluman lanjut boleh hubungi 03 8920 4090.
  4. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  5. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  6. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  7. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  8. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  9. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  10. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-


Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD

Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR. No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN

 

 

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT
  • KA - DRAGON AIR
  • CA - Air China

PERHATIAN

  • Kursus percuma  sehingga akhir bulan Sya'ban.
  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
RM 9,270