SWISS, GERMANY, FRANCE, BELGIUM NETHERLAND



  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
18-04-2018
29-04-2018
29-04-2018
12H/9M
Berdua (Dewasa)9990.00
Berdua (Warga Emas)9990.00
Single (Dewasa)11575.00
Single (Warga Emas)11575.00
EY
Aturcara

PAKEJ EKSKLUSIF!!!

Swiss, German, France, Belgium dan Netherland – BACK TO NATURE TOUR

11 HARI 09 MALAM VIA QATAR AIRWAYS

HALFBOARD MEALS (SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN)

POTONGAN HEBAT RM 1000 SEORANG

Tarikan Utama: ”Black Forest”, Lembah Sungai Rhine, Tasik Constance dan Titisee, Rhinefalls (Switzerland), Freiburg, bandar Spa Baden-baden, Black Forest National Park (Schwarzwald)), Heidelberg Castle, Colmar & Strasbourg (Perancis),Frankfurt, Cologne, Brugge, Delft (Porcelain), Gietherhoon….. TULIPS DI KUEKONHOFF GARDEN…….

HARI 01 : KLIA / DOHA/ZURICH

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk urusan mendaftar masuk penerbangan ke Zurich

melalui Doha, Qatar 8.50 malam pada 16/4/2017.

HARI 02 : ZURICH /DONAUESCHINGEN [SP]

Ketibaan di Zurich jam 6.50 pagi, anda akan disambut oleh wakil kami, dan memulakan lawatan di kota Zurich; Photo Stop di City Hall (Stadhaus) of Zurich & Tasik Zurich Zürich Hauptbahnhof (Railway Station) dan Old Town Bahnhofstrasse, solat di Madni Masjid Zürich - Swiss Muslim Society dan bertolak ke Donaueschingen. Check hotel di Donaeschingen (german).

 

HARI 03: DONAUESCHINGEN / LINDAU / KONSTANZ / SCHAFFHAUSEN (SWITZERLAND) / DONAUESCHINGEN [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Lindau, lawatan orientasi di Lindau tanpa pemandu pelancong. Melihat Tasik Konstanz dan kemudian ke Schaffhausen untuk melihat Rhinefall. Bermalam di Donaueschingen.

Lindau adalah sebuah bandar besar dan juga sebuah pulau yang terletak di bahagian timur Tasik Konstanz (Constance Lake) di daerah Lindau, Swabia, Bavaria. Ia terletak berhampiran sempadan Austria dan Switzerland.Tasik Konstanz atau Lake Constance adalah sebuah tasik air tawar berpunca dari glasier Sungai Rhine di kaki banjaran Alps sebelah utara dan mengandungi tiga takungan air Obersee ("upper lake"), Untersee ("lower lake"), dan sambungan kepada aliran Sungai Rhina dipanggil Seerhein. Tasik ini terletak di dalam wilayah Germany, Switzerland dan Austria berhampiran banjaran Alps. Pesisiran tasik ini di German adalah dalam negeri Bavaria dan Baden-Württemberg, negeri Vorarlberg di Austria dan Kanton (cantons) Switzerland iaitu Thurgau, St Gallen dan Schaffhausen. Tasik Constance adalah tasik ke 3 terbesar di Eropah Tengah selepas Tasik Balaton dan Tasik Geneva. Panjangnya 63 km dan bahagian paling lebar ialah hampir 14 km (8.7 batu). Ia merangkumi keluasan lebih kurang 571 km2 (220 batu persegi), terletak di ketinggian 395 m (1,296 kaki) atas paras laut. Dasar yang paling dalam ialah 252 metres (827 kaki). Rhinefall adalah air terjun terbesar di Eropah, ianya terletak di High Rhine di dalam kawasan perbandaran Neuhausen am Rheinfall dan Laufen-Uhwiesen, berhampiran bandar Schaffhausen di utara Switzerland. Lebarnya 150 m (450 kaki) dengan ketinggian 23 m (75 kaki)

 

 

 

 

HARI 04: DONAUESCHINGEN/ TITISEE / TRIBERG / FREIBURG ## BLACK FOREST [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa menerokai sebahagian dari Black Forest bermula dengan melihat Tasik Titisee dan Cuckoo Clock Workshop. Makan tengahari di Titisee. Kemudioan ke Triberg untuk melihat air terjun Triberg, lawatan orientasi di Freiburg dan bermalam di Freiburg.

BLACK FORESTThe Black Forest (German: Schwarzwald) adalah banjaran pergunungan berhutan yang besar di dalam negeri Baden-Württemberg di tenggara Germany. Ia disempadani oleh Lembah Rhine di arah barat dan selatan. Kawasan yang tertinggi ialah Feldberg 1,493 meter (4,898 kaki). Wilayah ini hampir berbentuk empat segi tepat dengan panjangnya 160 km (99 batu) dan lebar sehingga 60 km (37 batu).

Black Forest bergantung kepada industry pelancongan. Sebuah pertubuhan bernama Black Forest Tourism (Schwarzwald Tourismus), menganggarkan terdapat 140,000 orang bekerja secara sepenuh masa dalam industry ini dan pelancong-pelancong tinggal selama 34.8 juta malam di hotel dalam tahun 2009. Ini membuktikan Black Forest adalah tarikan utama pelancongan di German!!

 

HARI 05: FREIBURG ## Black Forest / COLMAR (FRANCE) / STRASBOURG (FRANCE) [SP/MT]

Selepas sarapan pagi ke Schlossberg Viewpoint dan masa bebas membeli belah di Schwarzwald City, bergambar di hadapan Freiburg Cathedral Muenster. Kemudian anda akan dibawa menerokai keindahan Colmar di Perancis – melihat Old Town, Eglise des Dominicains, Musee d’Unterlinden, Maison Pfister, Englise St Martin dan House of Heads. Kemudian ke Strasbourg (France), Bermalam di Strasbourg.

## Black Forest - Tempat lahir “the cuckoo clock”, Schwarzwald (Black Forest) memperolehi namanya dari kegelapan rimbunan (canopy) pokok-pokok hutan di mana Hansel dan Gretel bertemu dengan perempuan sihir. Hamparan kawasan luas yang dihiasai dengan bukit bukau, lembah dan ngarai, sungai-sungai dan hutan belantara terbentang dari pekan Spa Switzerland iaitu Baden-Baden ke sempadan Switzerland, dari Sungai Rhine hingga berhampiran Lake Constance. Berjalan kaki selama 20 minit keluar dari kawasan berpenduduk akhirnya akan membawa anda ke alam persekitaran semulajadi, di tengah-tengah perkampungan yang dihuni oleh rumah-rumah ladang tradisional, ladang-ladang ternakan lembu tenusu dan kemungkinan dalam hutan belantara yang tebal.

HARI 06: STRASBOURG / BADEN-BADEN ## BLACK FOREST (German) /KARLSRUHE [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, lawatan di Strasbourg termasuk melihat Rohan Palace, Place Du Marche, Kleber Square, Pont Du Corbrau, German Imperial District dan lain-lain. Selepas makan tenghari di Strasbourg. Kemudian bertolak ke Baden-baden. Walking tour dan melihat Lichtentaler Alle Park,Opera House, Kurhaus of Baden-baden, melawat Old Town, Altes Schloss Hohenbaden (Old castle) dan bermalam di Karlsruhe.

 

## Beberapa bandar-bandar cantik terletak di bahagian utara Black Forest yang berbukit dan tanah pamah yang agak landai, manakala lokasi-lokasi mengkagumkan terdapat dalam kawasan segitiga yang dibatasi oleh kota universitu Freiburg terletak 15km dari Sungai Rhine (sebelah tenggara), Triberg – tempat lahir Cuckoo clock (utara) dan bandar yang terletak di kawasan perlembangan sungai St Blasein di timur laut. Lichtentaler Allee adalah sebuah taman bersejarah dan susunan koleksi pokok-pokok sepanjang 2.3 km di sepanjang sebelah barat Sungai Oos di Baden-Baden, Baden-Württemberg, Germany.

HARI 07: KARLSRUHE / HEIDELBERG/FRANKFURT [SP/MT]

Selepas sarapan pagi,lawatan orientasi di Karlsruhe dan ke Heidelberg. Lawatan di Heidelburg – melihat Castle dari Karl Theodore Bridge, melawat Old Town, Heidelberg University, Alte Brucke dan lain-lain tarikan. Makan tengahari di Heidelberg. Menyambung perjalanan ke Frankfurt dan membeli belah di The Zeil, promenade membeli belah utama di Frankfurt. Bermalam di Frankfurt.

 

Black Forest dengan kawasan hutan yang luas, gunung ganang yang menjulang tinggi dengan pemandangan mengujakan, tasik-tasik dalam dan misteri, lembah-lembah indah maka ia menjadi destinasi popular percutian. Lanskap yang tidak tercemar, amat jarang kedapatan di German menjadi satu cirri penting yang membezakannya dari lain-lain bahagian di German. Pada masa ini Black Forest diwartakan sebagai taman alam semulajadi yang terbesar di German. Sila rujuk ke http://www.blackforest-tourism.com/Black-Forest/nature-park.

 

HARI 08: FRANKFURT/COLOGNE/BRUSSELS (BELGIUM) [SP/MT]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Cologne – melihat Romish Germanisches Museum, Rathaus dan lain-lain lagi. Lawatan orientasi di Brussels. Bermalam di Brussels.

 

HARI 09: BRUSSELS / BRUGGE/BRUSSELS [SP/MT]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Brugge, cruise di Brugge Canal, melihat Square of Brugge dan melawat Beginage Garden, makan tengahari di Brugge. Bermalam di Brussels.

 

HARI 10: BRUSSLES/DELFT/LISSE/KUEKONHOFF GARDEN/AMSTERDAM (NETHERLAND) [SP]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Kuekonhoff Garden di Lissee. Dalam perjalanan singgah di Delft untuk membeli porcelain dari Delft. Melawat taman tulip Kuekonhoff. Lawatan singkat di Amsterdam, makan malam dan bermalam di Amsterdam.

 

HARI 11: AMSTERDAM (NETHERLAND)/GIETHERHOON/DOHA [SP]

Selepas sarapan pagi ke Gietherhoon. Masa bebas di kampong Belanda yang cantik ini dan tanpa sebarang kenderaan bermotor. Masa bebas di Gietherhoon dan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

 

HARI 12: KLIA

Selamat sampai di KLIA jam 10.20 malam insya-Allah.

 

HARGA SEORANG DI HOTEL 4*:

DEWASA

KANAK-KANAK (2-bawah 12 tahun)

BILIK BER2

BILIK SINGLE

KATIL TAMBAHAN

RM10,980

RM 9,990

RM 12,565

RM 11,575

RM TBA

JADUAL PENERBANGAN:

SEKTOR

KOD FLIGHT

ETD/ETA

TARIKH 1

KUL - AUH

EY 411

1940/2300

18/04/17

AUH- ZRH

EY 73

0215/0650

19/04/17

AMS– AUH

EY 78

2125/0630

28/04/17

AUH - KUL

EY 416

1040/2220

29/04/17

Nota; SP (SARAPAN PAGI), MT (MAKAN TENGAHARI), MM (MAKAN MALAM)

HARGA TERMASUK:

  • Tiket penebangan pergi balik kelas ekonomi dengan Qatar Airways + cukai lapangan terbang
  • 09 malam penginapan di hotel 4* dengan sarapan pagi.
  • 07 kali makan tengahari.
  • Bayaran masuk tempat lawatan.
  • Makan tengahari/malam seperti dalam aturacara.
  • Tip pemandu kenderaan dan pemandu pelancong.

 

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • Insuran perjalanan
  • Air panas/sejuk/jus yg dipesan sewaktu makan.
  • Perbelanjaan persendirian

COMPLIMENTARY: Beg Kembara

nota: aturcara, tarikh, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis.

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM2000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanAyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-
Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD

Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN

 

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT
  • KA - DRAGON AIR
  • CA - Air China

PERHATIAN

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.


BOSNIA, CROATIA & SLOVENIA BALKAN STATES + ROMANIA & BULGARIA BALKAN + GREECE
 






Urumchi, Turpan, Dunhuang, Jiayuguan, Zhangye, Xining, Linxia & Lanzhou
 

WARSAW, LITHUANIA, LATVIA & ESTONIA
 


RM 4,690


RM 8,690

 


RM 3,490



RM 6,650



Menyelusuri Keindahan "Swiss" Asia - Lahore-Islamabad-Besham-Chilas-Gilgit-Hunza Valley-Khunjerab Pass-Sost-Karimabad
 

 





RM 6,950

ISTANBUL / CANAKKALE / TROY / PARGEMON / IZMIR / KUSADASI / EPHESUS /PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA / ANKARA / BOLU / BHOSPORUS CRUISING