UZBEKISTAN, TURKMENISTAN & TAJIKISTAN



  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
11-08-2017
(Promosi)
23-08-2017
23-08-2017
13H/12M
Berdua (Dewasa)11880.00
Berdua (Warga Emas)11880.00
Single (Dewasa)13160.00
Single (Warga Emas)13160.00
HY
04-10-2017
16-10-2017
16-10-2017
13H/12M
Berdua (Dewasa)12380.00
Berdua (Warga Emas)12380.00
Single (Dewasa)13660.00
Single (Warga Emas)13660.00
HY
Aturcara

GRAND TOUR OF UZBEKISTAN, TURKMENISTAN & TAJIKISTAN

(3 Stans- jewels on the necklace of Central Asia)

14 HARI 12 MALAM – menempuh perjalanan sejauh 3810 KM dengan menaiki kapalterbang, bas, 4X4 drive – “A Memorable Journey of Your Life-time” menempuh kepelbagaian lanskap…

“UZBEKISTAN AIRWAYS FLY WITH THE DREAMLINER BOEING 787”

*** PROMO PAKEJ TERBARU KAMI.. DISKAUN RM 500 DARI HARGA ASAL!!

 

HIGHLIGHTS OF THE TOUR

  1. KHIVA (UZBEK) ADALAH SEBUAH MUZIUM TERBUKA – hentian pedagang Laluan Sutera dan dipercayai diasaskan oleh anak Nabi Nuh yg bernama Shem……UNESCO LISTED. IBNU BATTUTA – pengembara muslim pernah datang ke Khiva dalam kurun ke 14
  2. GATE OF HELL (KARAKUM DESERT)- Api yg menyala lebih dari 40 tahun
  3. SUN SET DI KARAKUM DESERT + 4 WHEEL DRIVER EXPERIENCE – melihat gas crater di waktu siang & malam serta BBQ dinner.
  4. REGISTAN KOMPLEK (SAMARKAND, UZBEK) – wonder of Central Asia, the most magnificent city scape in Central Asia!
  5. TASHKENT ROAD (SAMARKAND)- di zaman lampau, ia adalah jalan utama yg digunakan oleh caravan yg menghubungkan Samarkand dengan Tashkent oasis, Fergana Valley dan China. Jalan ini dipenuhi oleh kedai-kedai cenderahati dan hasil kerjatangan Uzbekistan
  6. KAYLAN TOWER – menara batu bata yang tertinggi di dunia
  7. BUKHARA OLD CITY (UNESCO LISTED) dengan monumen sejarah bernilai tinggi dan kota yang penuh ketenangan….
  8. TERMEZ – terletak di sempadan Afghanistan dan di tebing Sungai Amu Darya atau Oxus river yang ada kaitan dengan kedatangan Alexander The Great. Tarikan utama di sini ialah Makam Imam At-Tirmidzi, Oxus River (Amu Darya) dan The Friendship bridge yg menghubungkan Uzbek dan Afghanistan.
  9. Makam Imam At-Tirmidzi – nama sebenarnya ialah AbÅ« ‘Īsá Muḥammad ibn ‛Īsá as-SulamÄ« aḍ-ḌarÄ«r al-BÅ«ghÄ« at-TirmidhÄ«, berbangsa Parsi dilahirkan dalam tahun 824 Masehi dan meninggal dunia 892 Masehi. Beliau adalah pengarang kitab “Jami` at-Tirmidhi” salah satu kitab dalam Sunan As-Sittah (kitab-kitab hadis yang enam), beliau juga menulis kitab Shama'il Muhammadiyah (masyhur dengan nama Shama'il at-Tirmidhi), sebuah kompilasi hadis-hadis mengenai personalitu dan karakter Nabi Muhammad sallalahu alaihe wasalam
  10. ASHGABAD - kota yang diasaskan dalam tahun 1881, dan dalam tahun 2013, kota ini telah dicatat dalam Guinness Book of Records sebagai sebuah kota yang paling padat dengan bangunan-bangunan yang dibina dari marble berwarna putih.
  11. MAKAM IMAM AL-BUKHARI (SAMARKAND) – Imam Al-Bukhara pengarang kitab “Jami’ul Sahih Al-Bukhari” kitab ke 2 paling sahih selepas Al-Quran. Nama asalah beliau adalah AbÅ« ‘Abd Allāh Muḥammad ibn Ismā‘Ä«l ibn IbrāhÄ«m ibn al-MughÄ«rah ibn Bardizbah al-Ju‘fÄ« al-BukhārÄ« dilahirkan pada;19 Julai 810 masehi dan meninggal dunia pada 1 September 870, dilahirkan di Bukhara. Antara kitab yang ditulis oleh beliau ialah Al-Adab al-Mufrad himpunan hadis-hadis mengenai akhlak dan adab.
  12. MERV (MARY – TURKMENISTAN)- Merv adalah kota oasis di sepanjang Laluan Sutera di Asia Tengah yang tertua dan terpelihara. Kesan-kesan tinggalan oasis yang berusia lebih dari 4000 tahun dalam sejarah manusia. Beberapa monument masih kelihatan terutamanya yang wujud sejak 2000 tahun lalu….. http://whc.unesco.org/en/list/886
  13. Hissar Fortress – lokasi wajib dikunjungi di Tajikistan…
  14. DUSHANBE (TAJIKISTAN) – kota di Asia Tengah beriklim Mediterranean, Soviet menamakannya “Stalinbad” House of Stalin
  15. NISA (Turkmenistan) – Ini adalah tapak UNESCO bagi kerajaan kuno Parthian Nisa telah diperintah oleh pelbagai dinasti dan kekal sebagai pusat utama bagi dunia kuno hinggalah kurun ke 13 apabila diserang oleh Mongol.
  16. Melawat ladang kuda baka “Akhal-Teke” berasal dari Turkmenistan yang mempunyai reputasi tinggi lantaran kepantasan dan ketahannya, kecerdikan dan warna “Metalik” bulunya yang sangat unggul. “Akhal-Teke” adalah lambing kebangsaan (national emblem bagi Negara Turkmenistan. Cuma terdapat 6600 ekor sahaja baka ini di dunia!
  17. Kopet Dag atau Kopet Dagh juga dikenali sebagai banjaran gunung Turkmen- Khorasan, di sempadan Turkmenistan dan Iran sepanjang 650 KM di sepanjang sempadan tenggara Laut Caspian terus ke arah barat daya sehingga ke Sungai Harirud.

ATURCARA:

HARI 01: KUALA LUMPUR / TASHKENT [MM] 11/8/2017

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan ke Tashkent. Ketibaan di Tashkent, makan malam di restoran tempatan, check in hotel dan rehat.

HARI 02: TASHKENT / URGENCH / KHIVA [SP/MT/MM] - Penerbangan Domestik 12/8/2017

Bertolak ke Urgench dengan pesawat domestic. Ketibaan di , anda akan dibawa ke Khiva. Lawatan ke Khiva termasuk ke Kunya-Ark Fortress, Mohammed Amin Khan Madrassah, Islam Khodja Medresse, Uch Avlioli (makam 3 wali), Masjid Jamek, Pakhlawan Mahmoud Mausoleum, Tash Hauli Palace dan Alla Kulli Khan Madrasah. Bermalam di Khiva.

Khiva adalah sebuah kota yang berpenduduk seramai lebih kurang 50,000 orang terletak di Wilayah Xorazm, Uzbekistan. Khiva adalah tapak pertama di Uzbekistan yang dimasukkan di dalam senarai Warisan Dunia UNESCO. Terletak 25 km ke selatan Urgench. Menurut data arkeoloji, kota ini telah diasaskan di permulaan era Kristian sekitar kurun ke 4 dan 5 sebelum masehi. Khiva adalah ibunegara Khwarezmia dan di perintah oleh seorang raja yang digelar Khan. Menurut lagenda Khiva telah diasaskan oleh anak Nabi Nuh yang bernama Shem. Khiva terkenal sebagai pusat hentian perdagangan Laluan Sutera. Pengembara Arab bernama Al-Istarkhiy menyebut Khiva sebagai salah satu 30 kota terpenting di Khorezm. Ibnu Batuta telah melawat Khiva dalam kurun ke 14!! Ibnu Batuta memuji kegigihan pemerintahnya dalam memelihara undang-undang, perintah dan beliau melaporkan bahawa kota ini terlalu padat dengan penduduk sehingga hampir mustahil untuk seseorang berjalan di dalamnya. Rujuk: http://dsr.nii.ac.jp/khiva/en/01info.html

HARI 03: KHIVA / BP SHAVAT / DASHOGUZ / GATE OF HELL @ DARWAZA (KARAKUM DESERT) / ASHGABAD [SP/MT/MM] 13/8/2017

Selepas sarapan pagi, merentasi sempadan ke Turkmenistan, selesai urusan imigresyen anda akan dibawa ke Dashaguz dan kemudiannya ke Kunya Urgench. Lawatan di Kunya Urgench, Makam Najm Ed Din (bapa kepada Salahuddin Al-Ayubi), karavanserai dan meneruskan perjalanan ke Darwaza untuk makan malam. BBQ dinner berhampiran gas crater (Gate of Hell). Anda berkesempatan untuk melihat gas crater pada waktu siang dan malam. Bertolak ke Ashgabad, ibu Negara Turkmenista. Bermalam di Ashgabad.

Kunya Urgench adalah tapak warisan dunia UNESCO, pernah menjadi ibukota Wilayah Khorezm dan merupakan sebahagian dari Empayar Achaemenid, pusat perdagangan utama di laluan Sutera antara kurun ke 10 hingga 14 Masehi, kota ini mempunyai monumen2x menarik seperti masjid, Karavanserai (inns), kotakubu dan fortification walls.

Gate of Hell – terletak di Darwaza di padang pasir Karakum. Ia adalah sebuah kawah gas yang tidak pernah padam sejak tahun 1971. Terletak di padang pasir luas Karakum di Turkmenistan berhampiran sebuah kampong yang bernama Derweze yang berpenduduk seramai 350 orang. Orang tempatan memanggil kawah gas ini sebagai pintu-pintu neraka. Sedalam 230 kaki dan tak pernah padam untuk selama 40 tahun. Gates of Hell ini terwujud dalam tahun 1971 apabila penggalian yang dilakukan oleh pihak Soviet secara tidak sengaja menceroboh gua gas bawah tanah yang aat besar yang menyebabkan tanah di sekelilingnya runtuh dan keseluruhan usaha penggalian tersebut gagal. Akibat sebuah poket gas telah dibocorkan maka nyalaan api beracun mula wujud pada kadar yang mengejutkan. Demi untuk menghadapi bala bencana persekitaran alam, Soviet telah menyalakan api tersebut.

HARI 04: ASHGABAD [SP/MT/MM] 14/8/2017

Selepas sarapan pagi setengah hari lawatan di Ashgabad; menziarahi Masjid Ertogrul Gazi, Independence Park, Neutrality Arch, National Museum, Nissa (UNESCO) dan masjid Turkmenbashi dan bazar hari minggu. Di sebelah petang melawat ladang kuda Akhalteke.

Ashgabat — dikenali sebagai Poltoratsk antara tahun 1919 dan 1927, ibu Negara dan Bandar terbesar di Turkmenistan, Asia Tengah, Ia terletak di antara gurun Karakum dan banjaran gunung Kopet Dag.

HARI 05: ASHGABAD / MARY – [SP/MT/MM] Domestic Flight 15/8/2017

Selepas sarapan pagi, menaiki penerbangan domestic ke Mary. Ketibaan di Mary, anda akan dibawa ke Merv kuno (UNESCO). Lawatan di Merv, termasuk Gyz Kala (castle), Hyaur Kala (castle), Makam Sultan Sanjar dan Ibnu Zeid. Pulang ke Mary dan melawat Muzium Sejarah Mary, makan malam dan mendaftar masuk hotel di Mary. Rehat.

Taman Sejarah dan Kebudayaan “Merv Kuno”

Merv adalah kota yang tertua dan paling terpelihara di kalangan kota-kota di sepanjang laluan sutera di Asia Tengah. Sejarah Oasis yang luas ini menjangkau selama 4000 tahun dalam sejarah manusia. Beberapa monumen masih wujud dan kelihatan khususnya yang berusia sejak 2 millenia (2000 tahun) yang terakhir.

HARI 06: MARY / BP FARAP / BUKHARA [SP/MT/MM] 16/8/2017

Selepas sarapan pagi,terus ke BP Farap (sempadan), selepas makan tengahari ke sempadan Turkmenistan dan Uzbekistan. Kemudian anda akan dibawa ke Bukhara. Bermalam di Bukhara.

Bukhara: Bukhara yang terletak di laluan sutera berusia lebih dari 2000 tahun, ia merupakan contoh yang sempurna bagi sebuah kota Islam zaman pertengahan (antara kurun ke 10 hingga kurun ke 17) di Asia Tengah di mana susunatur perbandarannya masih tidak berubah. Bukhara sejak sekian lama menjadi pusat ekonomi dan kebudayaan Asia tengah. Kota Parsi Purba ini memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan Islam selama beberapa kurun dan menjadi pusat khalifah Islamiah dalam kurun ke 8.

HARI 07: BUKHARA / SAMARKAND [SP/MT/MM] 17/8/2017

Selepas sarapan pagi lawatan di Bukhara termasuk Ark Fortress, Poi-Kalon Ensemble, Toki Trade Dome, Ulug Beg dan Abu Aziz Khan Madrassah, Chasma Ayub, Magoki Attoru dan Lyabi Khauz ensemble. Di sebelah petang anda akan dibawa ke Samarkand. Menziarahi Makam Imam Al-Bukhari di kompleks Imam Al-Bukhari. Bermalam di Samarkand.

Imam Al- Bukhari: Namanya yang sebenar adalah AbÅ« ‘Abd Allāh Muḥammad ibn Ismā‘Ä«l ibn IbrāhÄ«m ibn al-MughÄ«rah ibn Bardizbah al-Ju‘fÄ« al-BukhārÄ«, dilahirkan pada 19hb Julai 810 masehi di Bukhara, berbangsa Parsi dan dikenali dengan gelaran Imam Al-Bukhari. kitab karangan beliau yang termasyhur dan dianggap kitab yang ke2 paling sahih selepas Al-Quran adalah Sahih Al-Bukhari, koleksi hadis-hadis Rasulullah yang sahih. Beliau adalah “Amir al- Mu'minin fi al-Hadith” ketua bagi umat Islam dalam ilmu hadis. Meninggal dunia pada 1 haribulan September 870 (sewaktu berumur 60 tahun ) bersamaan 1 Syawwal tahun 256 Hijrah dan dikebumikan di Khartank, berhampiran Samarkand.

HARI 08: SAMARKAND / SHAKHRISABZ [SP/MT/MM] 18/8/2017

Selepas sarapan pagi melawat Registan Complex & Tashkent Street dan kemudian anda akan dibawa ke Shakhrisabz. Lawatan di Shakhrisabz termasuk ke Ak Saray Palace, Masjid Gok Gumbaz, dan Dorus Siadat . Bermalam di Shakhrisabz. Shakhrizbad adalah satu lagi tapak Warisan Dunia UNESCO, di sinilah pada kurun ke 14,Timur atau lebih dikenali sebagai Timurlane mengambil masa 40 tahun untuk membina istananya.

HARI 09: SHAKHRISABZ / TERMEZ [SP/MT/MM] 19/8/2017

Selepas sarapan bertolak ke Termez, kota kelahiran Imam Tirmidzi alim ilmu hadis yang terkenal. Ziarah ke Makam Imam At-Tirmidzi, Fayaz Tepa (Fayaz-Tepa adalah salah sebuah kuil Buddha yang masyhur di Asia Tengah) dan kompleks Sultan Saodat. Bermalam di Termez.

Imam At-Tirmidzi: AbÅ« ‘Īsá Muḥammad ibn ‛Īsá as-SulamÄ« aḍ-ḌarÄ«r al-BÅ«ghÄ« at-TirmidhÄ« , dilahirkan pada tahun 824/825 Masehi, lebih dikenali dengan nama Imām at-TermezÄ«/TirmidhÄ«, berbangsa Parsi dan merupakan pengumpul hadis Rasulullah sallallahu alaihe wasalam dan beliau menulis kita Al-Jami’ As-Sohih (dikenali sebagai Jami` at-Tirmidhi), salah satu dari 6 kitab Sunnah As_Sittah. Beliau juga menulis kitab yang bernama Shama'il Muhammadiyah (popular dengan nama Shama'il at-Tirmidhi). Imam hidup di zaman khilafah Abbasiyah dan Al-Ma’mun sebagai khalifah.

Pendapat yang lebih kuat mengatakan bahawa beliau telah dilahirkan di sebuah kampong bernama Al-Bugh berhampiran Termez. Imam At-Tirmidzi telah menjadi buta 2 tahun sebelum kematiannya. Mengikut pendapat Imam Az-Zahabi beliau menjadi buta disebabkan terlampau banyak menangis takutkan Allah dan juga di atas kematian Imam Al-Bukhari. Beliau meninggal dunia dalam tahun 892 Masehi.

HARI 10: TERMEZ / DUSHANBE [SP/MT/MM] 20/8/2017

Selepas sarapan pagi, bertolak ke sempadan Uzbekistan dan Tajikistan untuk ke Dushanbe. Dan dalam perjalanan melawat Hissar Fortress. Fort Hissar (terletak 15 minit perjalanan keluar dari bandar. Ia telah dibina semula dan terdiri dari kota kubu dan madrasah kurun ke 13 masehi. Ia lokasi yang wajib dikunjungi dan ia juga mengandungi sebuah muzium yang mempamirkan kebudayaan kuno Tajik). Lawatan di Dushanbe; Muzium Etnographi, menziarahi Masjid Sarasiyo, Samoni Monument (Patung ini didirikan bersempena dengan nama seseorang yang digunakan sebagai matawang Tajikistan iaitu Somoni), Rudaki Monument, Taman Rudaki dan membeli belah di bazaar tempatan. Bermalam di Dushanbe.

Dushanbe dibayangi oleh gunung-ganang yang berada di sekelilingnya dan merupakan sebuah Bandar yang pesat membangun. Dataran utama yang terdiri dari 3 jalur dibaris kini kanan oleh bangunan-banguna dengan senibina Soviet. Kota ini juga mempunyai pangsapuri-pangsapuri era Brezhnev yang dibina seolah-olah seperti ghetto.

HARI 11: DUSHANBE / KHUJAND [SP/MT/MM] 21/8/2017

Selepas sarapan pagi bertolak ke Khujand. Lawatan di Khujand termasuk Muzium Sejarah, Navruzgoh Park, Menziarahi Masjid Sheikh Muslikhiddin dan Bazaar Panshanba (dengan bangunan Era Stalin, terbaik untuk membeli makanan tempatan). Bermalam di Khujand.

Khujand: Adalah salah sebuah kota tertua di Asia Tengah berusia lebih dari 2500 tahun, terletak di tebing sungai Syr Darya di pintu masuk Lembah Fergana, ia merupakan kota utama di laluan Sutera Kuno. Khujand telah ditawan oleh Alexander The great, beliau membina semula kota ini dan memperkuatkannya dan diberi nama Alexandria Eshkata (Extreme). Ia menghubungkan Samarkand dengan Lembah Fergana. Arab muslim telah menawannya dalam kurun ke 8 dan dimusnahkan oleh Genghiz Khan dalam kurun ke 13 masehi. Hari ini Khujand merupakan pusat penting bagi industry, saintifik dan kebudayaan Tajikistan.

HARI 12: KHUJAND / OBYEK / TASHKENT [SP/MT/MM] 22/8/2017

Selepas sarapan pagi bertolak ke Tashkent melalui border point Obyek selesai urusan imigresyen bertolak ke Tashkent, lawatan panorama di Tashkent termasuk Independence Square, ), Khast Imam Square yang terdiri dari Barak-Khan Medresse, Makam Kaffal Shashi dan perpustakaan Kesusasteraan Islam (di mana terdapat naskah Al-Quran yang berusia 644-656 tahun tersimpan-mashaf Rasm Usmani yang terawal, mushaf inilah yang sedang dibaca oleh Saidina Usman bin Al-Affan ketika beliau dibunuh, kesan darah beliau masih kelihatan di atas mushaf ini). Ke Tashkent Metro (stesyen keretapi bawah tanah yang telah dibina oleh kerajaan Soviet Union).

 

HARI 13: TASHKENT / KUALA LUMPUR [SP] 23/8/2017

Sarapan (pack) dan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan awal pagi ke Kuala Lumpur.

 

HARGA SEORANG:

DEWASA / WARGA EMAS

KANAK-KANAK

(2-11 THN)

BILIK BER-2

BILIK SINGLE

BERKATIL

RM 12,380

RM 11,880

RM 13,660

RM 13,160

RM TBA*

*To be Announce

JADUAL & TARIKH PENERBANGAN:

SEKTOR

KOD FLIGHT

ETD

ETA

TARIKH

KUL/TASHKENT

HY 552

1145

1640

11/08/17

TASHKENT/URGENCH

HY 051

0750

0930

12/08/17

ASHGABAD/MARY

TBA

TBA

TBA

TASHKENT/KUL

HY 551

0800

1835

23/08/17

HARGA TERMASUK:

  • Tiket penebangan pergi balik kelas ekonomi dengan Uzbekistan Airways + cukai lapangan terbang
  • Penerbangan Domestic – Asgabad/Mary dengan Air Turkmenistan
  • Pengangkutan sepanjang program
  • 12 malam penginapan di hotel pilihan dengan sarapan pagi.
  • Bayaran masuk tempat lawatan
  • 11x Sarapan pagi, makan tengahari seperti dalam aturacara
  • Air mineral waktu makan dan dalam bas
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
  • Tip pemandu kenderaan dan Group Escort, Local Guide
  • Bayaran Porter di hotel

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • Insuran perjalanan
  • Air panas/sejuk/jus yg dipesan sewaktu makan
  • Perbelanjaan persendirian

 

PERCUMA:

  • BEG KEMBARA

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM 3000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-

Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD
Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN

 

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT
  • KA - DRAGON AIR

PERHATIAN

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.


BOSNIA, CROATIA & SLOVENIA BALKAN STATES + ROMANIA & BULGARIA BALKAN + GREECE
RM 8,888




RM 2,675

Urumchi, Turpan, Dunhuang, Jiayuguan, Zhangye, Xining, Linxia & Lanzhou
 

WARSAW, LITHUANIA, LATVIA & ESTONIA
 


RM 3,190

RM 3,990

RM 962

RM 6,890

RM 7,560

RM 7,880

RM 3,780



RM 6,650


RM 12,960

Menyelusuri Keindahan "Swiss" Asia - Lahore-Islamabad-Besham-Chilas-Gilgit-Hunza Valley-Khunjerab Pass-Sost-Karimabad
RM 11,690

 





RM 1,620

RM 5,950

ISTANBUL / CANAKKALE / TROY / PARGEMON / IZMIR / KUSADASI / EPHESUS /PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA / ANKARA / BOLU / BHOSPORUS CRUISING
RM 4,390