UZBEKISTAN



  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
Tiada pakej disediakan ketika ini

KEMBARA KLASIK --- MENGUTIP BERKAH AL-IMAM AL--- BUKHARI DI UZBEKISTAN

8 HARI 6 MALAM

HARI 01: KLIA/TASHKENT/BUKHARA [MM]

Berkumpul di KLIA 3 JAM sebelum berlepas bagi urusan pendaftaran penerbangan ke Tashkent jam 10:15 malam.

 

HARI 02: TASHKENT - BUKHARA [SP/MT/MM]

Ketibaan di Tashkent jam 3:10 pagi. Selesai urusan imigresyen dan mengambil beg, anda akan dibawa ke Terminal Domestik untuk mengambil penerbangan ke Bukhara jam 7:30 pagi. Solat subuh di lapangan terbang Domestik. Ketibaan di Bukhara jam 9:15 pagi anda akan disambut oleh wakil kami. Selepas sarapan pagi, lawatan di Bukhara termasuklah; Masjid Bolo Hazu, Ark Fortress, Poi Kalan Square, Kalon Minaret dan masjidnya serta Mir Arab Madrasah (yang dibuka seawal kurun ke 16 dan menjadi pusat pengajian yang mengeluarkan ribuan Ilmuan Islam), madrassah Nadir Divan Begi, kompleks Boloo Hauz, Masjid Magoki Attari dan Madresse Kulkedash (kurun ke 14), Emir Alim Khan Madrassa dan Ulubeg.

 

HARI 03: BUKHARA [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, lawatan ke “country site of Bukhara”, menziarahi makam Sheikh Baha al-Din al-Naqshbandi (Ahli Sufi Pengasas Tariqat Al-Naqshbandiah), menziarahi Masjid Abdul Aziz Faiz Khan dan Masjid Muzaffar Khan dan melawat istana musim panas Emir Bukhara “Sitorai Mokhi Khosssa”.

 

HARI 04: BUKHARA - GIJDUVAN - SAMARKAND [SP/MT/MM]

Selepas sarapan, pengembaraan anda diteruskan ke Samarkand. Dalam perjalanan, lawatan termasuk ke Gijduvan Ceramic Masters, makan tengahari, menziarahi makam Imam Al-Bukhari (pengarang kitab hadis Sahih Al-Bukhari) dan solat maghrib di Masjid Imam Al-Bukhari.

 

HARI 05: SAMARKAND [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, lawatan di kota Samarkand termasuk ke kompleks Senibina Registan yang merangkumi tiga bangunan dengan senibina mengkagumkan iaitu Madrasah Ulugbek, Madrasah Sher-Dor dan Madrasah Tilla Kori, mausoleum Guri-Emir (di mana Komander Amir Temur dikebumikan), Masjid Bibi Khanum dan Shahi Zinda Necropolis dan Ulubeg Observatory.

SAMARKAND: Bandar kedua terbesar di Uzbekistan; seusia dengan Babylon, Athens dan Rom – lebih dari 2500 tahun. Manuskrip Arab kuno merujuk Samarkand sebagai “Gem of the East”.

 

HARI 06: SAMARKAND - TASHKENT [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, menziarahi Makam Muhammad Abu Mansur al-Maturidi (pengasas kaedah ilmu akidah dan Tauhid di bawah mazhab Al-Matarudiah dari kalangan mazhab Ahlu Sunnah wal Jamaah), membeli belah di Bazaar tempatan Samarkand yang bernaman “Siab” yang merupakan bazaar Oriental antara yang terbezar di Asia Tengah, selepas makan tengahari anda dibawa ke stesyen keretapi untuk menaiki keretapi laju “Afrosiab” ke Tashkent. Ketibaan di Tashkent, anda akan disambut oleh wakil kami, makan malam dan mendaftar masuk hotel.

 

HARI 07: TASHKENT [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, lawatan sekitar bandar Tashkent termasuk Amir Temur Square, Theatre Square dengan Opera House, Muzium Applied Arts, Tugu peringatan Gempabumi, Madrasah Abdul Kasim, Alisher Navoi National Park, Independe Square (Dataran Merdeka), Khast Imam Square yang terdiri dari Barak-Khan Medresse, Makam Kaffal Shashi dan perpustakaan Kesusasteraan Islam (di mana terdapat naskah Al-Quran yang berusia 644-656 tahun tersimpan-mashaf Rasm Usmani yang terawal, mushaf inilah yang sedang dibaca oleh Saidina Usman bin Al-Affan ketika beliau dibunuh, kesan darah beliau masih kelihatan di atas mushaf ini). Ke Tashkent Metro (stesyen keretapi bawah tanah yang telah dibina oleh kerajaan Soviet Union).

TASKHENT: Adalah ibukota Uzbekistan yang merupakan bandar terbesar di Asia Tengah.

HARI 08: TASHKENT/KUALA LUMPUR

Terus ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. Sampai KLIA jam 8:55 malam waktu Malaysia.

 

DEWASA

KANAK-KANAK (3-11 THN)

BILIK BERDUA

BILIK SINGLE

BILIK BERDUA

EKSTRA KATIL

RM 5550

RM 6350

RM 4970

RM 4970

DISKAUN WARGA EMAS (50 TAHUN KEATAS) RM 100

** Diskaun warga emas tidak dikira jika ada sebarang diskaun lain diberi atau mana-mana diskaun yang tertinggi

JADUAL PENERBANGAN:

SEKTOR

KOD

ETD / ETA

TARIKH

TARIKH

KUL/TAS

HY 552

1955/0305+1

19/04/17

17/05/17

TAS/BUK

HY 1321

0730/0915

20/04/17

18/05/17

TAS/KUL

HY 553

0755/1830

26/04/17

24/05/17

 

HARGA TERMASUK:

  • HARGA TIKET PULANG BALIK KELAS EKONOMI DENGAN PESAWAT UZBEKISTAN AIRWAYS & CUKAI LAPANGAN TERBANG
  • TIKET PENERBANGAN DOMESTIK TASHKENT-BUKHARA [SEHALA] & CUKAI LAPANGAN TERBANG
  • TIKET KERETAPI LAJU AFROSIAB DARI SAMARKAND KE TASHKENT (SEHALA)
  • 06 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL PILIHAN 3/4* DENGAN SARAPAN PAGI.
  • SEMUA PENGANGKUTAN YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM
  • MAKAN TENGAHARI DAN MALAM SEPERTI DALAM PROGRAM.
  • SEMUA BAYARAN MASUK KE TEMPAT LAWATAN
  • YURAN VISA
  • BEG KEMBARA
  • TIP KEPADA PEMANDU PELANCUNG DAN BAS

 

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • INSURAN PERJALANAN
  • LEBIHAN BAGASI/DOBI/PERBELANJAAN PERSENDIRIAN
  • BAYARAN FOTOGRAFI DI TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
  • TIP PENGANGKAT BARANG DI HOTEL
  • TIP PENGANGKAT BARANG DI LAPANGAN TERBANG

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM1000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 harisebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahanjika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya.Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-

Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD
Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

 

 

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT
  • KA - DRAGON AIR

PERHATIAN

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.

BOSNIA, CROATIA & SLOVENIA BALKAN STATES + ROMANIA & BULGARIA BALKAN + GREECE
RM 9,980




RM 2,675

Urumchi, Turpan, Dunhuang, Jiayuguan, Zhangye, Xining, Linxia & Lanzhou
 

WARSAW, LITHUANIA, LATVIA & ESTONIA
 


RM 3,190

RM 4,690


RM 6,890

 


RM 3,490



RM 6,650


RM 12,960

Menyelusuri Keindahan "Swiss" Asia - Lahore-Islamabad-Besham-Chilas-Gilgit-Hunza Valley-Khunjerab Pass-Sost-Karimabad
RM 11,690

 





RM 6,950

ISTANBUL / CANAKKALE / TROY / PARGEMON / IZMIR / KUSADASI / EPHESUS /PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA / ANKARA / BOLU / BHOSPORUS CRUISING
RM 4,390