SWITZERLAND & LIECHTENSTEIN



  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
Tiada pakej disediakan ketika ini
Aturcara

GRAND TOUR OF SWITZERLAND + Liechtenstein

9 Hari 7 Malam (VIA QATAR AIRWAYS)

Tarikan Utama:

  • Aturcara mencakupi kesemua destinasi dalam dalam senarai TOP 10 SWITZERLAND ATTRACTIONS
  • Liechtenstein (Negara ke 6 terkecil di dunia)
  • Kilang coklat Aprose terbesar di Switzerland
  • Matterhorn (jolokannya Mountain of mountains, raja segala gunung)
  • Cruising di Tasik Geneva
  • Lawatan ke Biel kota pengilang jenama jam Swiss tersohor dan lawatan ke Muzium kilang jam Omega,
  • “Lunch” di restoran tertinggi di Eropah @ Jungfraujoch - Top of Europe merupakan tarikan utama Switzerland mempunyai stesten keretapi tertinggi di Eropah 3,454 meter di atas paras laut.

HARI 01: KLIA / DOHA / ZURICH

Berkumpul di KLIA aras 5, balai pelepasan 3 jam sebelum waktu penerbangan 2.00 pagi pada dengan Qatar Airways. Ketibaan di Zurich, anda akan disambut oleh wakil kami. Melawat Hauptbahnhof (stesyen keretapi terbesar di Eropah), Bahnhofstrasse (zurich promenade), Lindenhol Hill dan bergambar di Tasik Zurich. , lawatan termasuk Lion Monument dan Chapel Bridge serta Old Town. Masa bebas membeli belah di Lucerne, kembali ke Zurich dan masa bebas di Bahnhofstrasse (kawasan membeli belah termahal di Eropah). Daftar masuk hotel dan bermalam di Zurich.

HARI 02: ZURICH / VADUZ (LIECHTENSTEIN) / SAINT MORITZ [SP]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Vaduz menaiki bas. Lawatan Bandar Vaduz (ibu Negara Liechtenstein terletak di pinggir Sungai Rhine) ke tempat-tempat menarik seperti melihat Vaduz Castle, Jambatan Kayu “Alte Rheinbrucke” yang menghubungkan Majlis Perbandaran Vadus dan Sevelen & Sungai Rhine. Menaiki Citytrain untuk mengekplorasi Vaduz dengan lebih lagi. Bertolak ke Saint Moritz menggunakan terowong kereta keretapi. Di St. Moritz melihat Chesa Futura rumah kayu bersenibina unik rekaan arkitek British bernama Lord Norman Foster dan menara condong St Moritz Dorf (kurun ke 12). Masa bebas di St- Moritz. Daftar masuk hotel dan bermalam di Saint Moritz.

St. Moritz adalah sebuah bandar peranginan di Lembah Engadine, Daerah Maloja, Canton of Graubundem. Puncak tertinggi di banjara Alps iaitu Piz Bernina terletak ke arah selatan bandar ini. Masa bebas membeli belah di Via Serlas yang mempunyai persamaan dengan Bahnhofstrasse di Zurich. Butik butik jenama Chanel, Gucci hingga ke Louis Vuitton & Zegna terdapat di sini.

HARI 03: SAINT MORITZ / VALLE VERZASCA / Cioccolata Alprose SA / LUGANO [SP]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Lugano. Dalam perjalanan singgah di Valle Verzasca salah satu lembah tercantik di pergunungan Alps selatan dengan keunikan sungai dalam berwarna turquoise (biru) yang amat jernih. Lugano dihuni penduduk berbahasa Itali sebagai bahasa pengantar terletak di sebelah utara Tasik Lugano dikelilingi oleh gunung-ganang dan ke kilang coklat Aprose dimiliki dan diusahakan oleh pengeluar coklat terbesar di Switzerland. Petang hari bergambar di dataran utama Lugano; Piazza della Riforma ala neo-klasik, Palazzo Civico (Town Hall) dan Tasik Lugano. Mendaftar masuk hotel dan rehat.

HARI 04: LUGANO / TAESCH / ZERMATT / BRIG [SP]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Taesch. Setelah tiba di Taesch, akan menaiki keretapi ke Zermatt. Di Zermatt, pergi dan balik menaiki kereta kabel ke Matterhorn. Di Matterhorn akan melawat Glacier Paradise. Selepas pulang dari Matterhorn, akan bertolak ke Brig. Daftar masuk hotel dan bermalam di Brig. Matterhorn (jolokannya Mountain of mountains, raja segala gunung) di banjaran Alps, Matterhorn mencakupi sempadan Switzerland dan Itali. Saiznya yang besar hampir sempurna menjadi puncak pisramid di kawasan Monte Rossa di banjaran Pennine Alps, dengan kemuncaknya setinggi 4,478 meter (14,692 kaki) menjadi antara yang tertinggi di kawasan Alps da Eropah!! Matterhon gagah berdiri mengadap bandar Zermatt di bawahnya.

 

HARI 05: BRIG / GRINDELWALD GRUND / JUNGFRAUJOCH / LAUTERBRUNNEN / BERNE [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Grindelward Grund. Menaiki keretapi dari Grindelward Grund ke Lauterbrunnen. Berhenti untuk makan tengah hari di Top Of Europe Restaurant, Jungfraujoch. Setelah tiba di Lauterbrunnen, bertolak ke Berne. Bermalam di Berne.

 

HARI 06: BERNE – BIEL – BERNE [SP]

Selepas sarapan pagi, ke Biel bandar ke 10 terbesar di Switzerland terkenal sebagai kota pembuatan jam Rolex, Omega, Swatch dan lain-lain jenama terkemuka. Lawatan ke Muzium Kilang Omega. Kembali ke Berne dan melawat tempat-tempat menarik seperti Old Town (UNESCO World heritage Site), Kafligturm Towers dan Holy Ghost Church. Masa bebas untuk membeli belah di General Market, Westside, Spitalgasse dan Marktgasse. Bermalam di Berne.

 

HARI 07: GENEVA / GRUYERES/MONTREUX/LAUSANNE [SP]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Gruyeres untuk melihat kilang keju La Maison du Gruyere dan ke Montreux untuk melawat Chateau De Chillon. Menaiki Cruise di Tasik Geneva antara Montreux dan Lausanne - saksikan keindahan tasik berlatarbelakang banjaran Alps dan ladang-ladang anggur .Melihat Chateau D’Ouchy dan Promenade. Bermalam di Lausanne.

 

HARI 08: LAUSANNE / GENEVA/DOHA/MALAYSIA [SP]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Geneva. Melawat Lake Geneva, Old Town, Flower Clock, Jet d’Eau, Red Cross Building, Cathédrale Saint-Pierre dan Palais des Nations. Terus ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

 

HARI 09: KLIA

Ketibaan di KLIA pada jam 3.15 petang dengan selamat, insyaa Allah.

 

HARGA:

DEWASA

BILIK BERDUA

BILIK SINGLE

RM 11,350

RM 13,240

KANAK-KANAK (2-11 THN)

BILIK BERDUA

KATIL XTRA

RM 9150

TBA

JADUAL PENERBANGAN:

SEKTOR

KOD FLIGHT

ETD/ETA

TARIKH 1

TARIKH 1

TARIKH 1

KUL - DOHA

QR 853

0200/0420

21/08/17

20/09/17

30/10/17

DOHA-ZURICH

QR 095

0805/1320

21/08/17

20/09/17

30/10/17

GENEVA/DOHA

QR 100

1800/0110+1

28/08/17

27/09/17

06/11/17

DOHA/ KUL

QR 846

0250/1515

29/08/17

28/09/17

07/11/17

HARGA TERMASUK:

  • Tiket penebangan pergi balik kelas ekonomi dengan QATAR AIRWAYS + cukai lapangan terbang
  • 07 malam penginapan di hotel pilihan dengan sarapan pagi.
  • Bayaran masuk tempat lawatan.
  • Air mineral waktu makan dan dalam bas.
  • Beg kembara & tip pemandu kenderaan dan pemandu pelancong.

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • Air panas/sejuk/jus yg dipesan sewaktu makan.
  • Perbelanjaan persendirian
  • Insuran perjalanan

 

NOTA: HARGA, ATURCARA & TARIKH DAN JENIS PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM1000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-

Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD
Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

 

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT

PERHATIAN

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.


RM 5,438

BOSNIA, CROATIA & SLOVENIA BALKAN STATES + ROMANIA & BULGARIA BALKAN + GREECE
RM 9,880




RM 2,675

Urumchi, Turpan, Dunhuang, Jiayuguan, Zhangye, Xining, Linxia & Lanzhou
RM 8,580

WARSAW, LITHUANIA, LATVIA & ESTONIA
RM 8,690




RM 3,190

RM 3,990

RM 962

RM 6,490

RM 7,560

RM 7,880

RM 3,780


RM 6,650

RM 6,525




Menyelusuri Keindahan "Swiss" Asia - Lahore-Islamabad-Besham-Chilas-Gilgit-Hunza Valley-Khunjerab Pass-Sost-Karimabad
RM 7,850

RM 10,650





RM 6,950

ISTANBUL / CANAKKALE / TROY / PARGEMON / IZMIR / KUSADASI / EPHESUS /PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA / ANKARA / BOLU / BHOSPORUS CRUISING
RM 4,350