PAKISTAN

Hunza Valley



  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
10-04-2018
18-04-2018
18-04-2018
9H/7M
Berdua (Dewasa)6950.00
Berdua (Warga Emas)6950.00
Single (Dewasa)7600.00
Single (Warga Emas)7600.00
TG
Aturcara

NORTHERN PAKISTAN IS SWISS OF ASIA

9 HARI 7 MALAM

 

Hari 01: KLIA – BANGKOK – ISLAMABAD

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan ke Islamabad, Pakistan melalui Bangkok. Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, anda akan disambut oleh wakil kami, mendaftar masuk hotel, dan rehat.

Islamabad: kota Islamabad ibu Negara Pakistan terletak di dataran tinggi Pothohar, salah satu penempatan awal manusia di Asia.

 

Hari 02: ISLAMABAD-MALKAND PASS-MINGORA (LEMBAH SWAT) – SAIDU SHARIF [SP/MT/MM]

Selepas sarapan, bertolak ke Swat melalui Taxila. Melawat Taxila Museum yang mempamirkan koleksi seni Gandharan. Tapak Taxila ini wujud seawall 600 hingga 700 sebelum masehi. Meneruskan perjalanan ke Swat Valley melalui Malkand Pass. Bermalam di Swat Valley.

Malakand Pass adalah sebatang terowong di Daedah Malakand, Khyer Pakhtukhwa. Berhenti di View point untuk melihat terusan Swat di lembangan bawah, ia telah dibina oleh British untuk menyalurkan air dari Sungai Swat melalui sebatang terowong di bawah Malakand Pass ke tanah pamah sekitar Mardan. Anda boleh melihat Malakand Fort di bahagian kiri atas terowong ini yang pernah menjadi tempat tingal putera Mughal Rafi-ush-Shah anak lelaki Maharaja Bahadur Shah 1 dan cucu kepada Maharaja Aurangzeb.

 

Hari 03: SAIDU SHARIF (LEMBAH SWAT)– MALAM JABBA – SAIDU SHARIFF [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Malam Jabba. Mengeksplorasi Malam Jabba dengan menaiki Chair lift. Malam Jabba adalah ski resort yang mempunyai pemandangan alam semulajadi yang cantik di Swat Valley. Tidak hairanlah Swat Valley ini dijuluki dengan nama Swiss of Asia.

Swat dari sudut sejarah dikenali dengan nama Uddyana yang bererti Taman”. Swat adalah sebuah lembah sungai dan daerah pentadbiran Khyber Pakhtunkhwa sebuah wilayah dalam Pakistan. Ia merupakan lembah bahagian atas Sungai Swat di persekitaran Banjaran Hindu Kush. Ibu negeri bagi Swat ialah Saidu Sharif dan bandar utamanya ialah Mingora. Dengan gunung-ganang yang tinggi, padang-padang rumput menghijau dan tasik-tasik jernih maka ia sebuah tempat yang amat popular di kalangan pelancong. Queen Elizabeth II ketika kunjungan ke Negeri Yusafzai, Swat telah memanggil Swat sebagai “The Switzerland of the east” (Switzerland Timur).

 

DAY 04: SAIDU SHARIF – BESHAM – BATGRAM BALAKOT – LEMBAH KAGHAN – NARAN [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Naran melalui Besham, Balakot dan Kaghan. Naran merupakan salah satu Bandar dengan pemandangan yang cantik di Pakistan yang menarik ribuan pelancongan, trekkers, jurugambar dan para pencinta alam sekitar. Bermalam di Naran

Lembah Kaghan adalah sebuah lembah beriklim Alpine di daera Mahsera. Lembah ini terhampar sepanjang 155 km (96 batu) dari ketinggian 650 meter (2134 kaki) ke bahagian tertingginya di Babusar Pass di ketinggian 4170 meter (13,690 kaki)

Lanskap Lembah Kaghan sepanjang 161 km dengan puncak-puncak pergunungan Himalaya, kawasan glasier yang mengkagumkan dan besar dan air terjun-air terjun merupakan sebuah “scenic wonderland” Lembah ini tamat ke arah utara di ketinggian 4148 meter (13600 kaki) di Babusar Pass.

Naran adalah sebuah bandar bersaiz sederhana di bahagian atas Lembah Kalam dalam Daera Mansehra, Khyber Pakhtunkhwa, Ia terletak 119 km dari bandar Mansehra di ketinggian 8202 kaki atas paras laut.

Besham dikenali juga dengan nama Besham Qala, bandar terbesar dan pusat perdagangan Shangla dalam wilayah Khyber-Pakhtunkhwa dan majoriti penduduknya bertutur dengan bahasa Pashtun. Kedai-kedai di Besham dibuka 24 jam justeru kedudukan geografinya yang terletak di laluan Sutera yang masyhur itu yang menghubungkan Pakistan dan China. Di musim panas, bandar ini popular di kalangan pelancong (holiday makers) yang menggunakan laluan ini untuk ke bahagian utara Pakistan.

Shangla Pass menghubungkan daerah Swat, Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan dengan daerah Shangla District, kemudian ke Gilgit Baltistan

 

HARI 05: NARAN- TASIK SAIFUL MULK - BABUSAR PASS - LALUSAR LAKE– NARAN [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi ke Tasik Saiful Mulk dan Babusar Pass melalui Lalusar Lake. Bermalam di Naran.

 

Babusar pass – ATAU Babusar Top (4173 meter/13691 kaki di atas paras laut, adalah sebuah laluan pergunungan di bahagian utara Lembah Kaghan yang menghubungkan Chilas di Karakoram Highway dengan Lembah Kaghan melalui Thank Nala. Ia merupakan lokasi tertinggi di Lembah Kaghan yang boleh dihubungi dengan kenderaan bermotor.

Tasik Saiful Muluk – Tasik Saiful Muluk adalah tasik kawasan pergunungan yang terletak di bahagian paling utara Lembah Kaghan berhampiran dengan bandar Naran, daerah Mansehra. Ia mengalirkan airke Sungai Kunhar. Tasik ini berada di ketinggian 3224 meter (10,578) di atas paras laut dan mengatasi ketinggian di mana pokok-pokok boleh hidup lalu menjadi salah satu tasik yang tertinggi di Pakistan.

 

HARI 06: NARAN –ABBOTTABAD/ NATIAGALI - MURREE [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Muree melalui Abbottabad (dan sekiranya kebenaran diberikan oleh Pihak Keselamatan anda akan dibawa melalui Kashmir Pakistan). Murree merupakan kawasan peranginan tanah tinggi (hill station/“Resort town”) yang terkenal di Pakistan, ia terletak di cerun barat banjaran Himalaya apabila banjaran ini semakin merendah menghala ke timur laut pada ketinggian 2290 meter. Bercuaca sederhana dan menyegarkan di musim panas dan bersalji di musim sejuk. Bandar ini dikenali dengan senibina Tudorbethan dan Neo-gothic sejak dari era penjajahan British.

Natiagali yang mempunyai pemandangan yang cantik (scenic) terletak di Abbottabad, 2500 meter dari Muree, popular dengan pokok-pokok maple, pine, walnut dan oak. Jalan besar Murree adalah pusat aktiviti ekonomi dan di sepanjang jalan dipenuhi oleh kedai-kedai menjual barangan untuk para pelancong.

 

HARI 07: MURREE – ISLAMABAD [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Islamabad melalui motor way dan melalui main Murree bazaar mall road. Selepas mendaftar masuk hotel, anda akan dibawa untuk menaiki bot di Tasik Rawal, membeli belah di Islamabad dan bersolat maghrib di Masjid King Faisal. Bermalam di Islamabad.

 

HARI 08: ISLAMABAD – RAWALPINDI –ISLAMABAD - AIRPORT [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, hari ini kita akan mengeksplorasi bandar Rawalpindi dan Islamabad; antaranya King Faisal Islamic University, ke Raja Bazaar dan petang hari ke Saidpur Village dan Pakistan Monument. Selepas makan malam bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia,.

 

HARI 09: KLIA

Ketibaan di KLIA jam 6.25 pagi inshaa-Allah

 

HARGA SEORANG:

DISKAUN RM 100 UNTUK WARGA EMAS 50 TAHUN KEATAS

**DISKAUN WARGA EMAS TIDAK DIKIRA JIKA ADA MANA DISKAUN YANG LAIN ATAU MANA MANA DISKAUN YANG TERTINGGI.

 

DEWASA

KANAK – KANAK (2-12 TAHUN

BILIK BER-2

SINGLE

BERKATIL

TANPA KATIL

RM 7850

RM 6950

RM 8685

RM7600

RM TBA

TBA

 

Jadual Penerbangan:

SEKTOR

FLIGHT CODE

ETD

ETA

April

KUL / BKK

TG 416

1320

1430

10/04/18

BKK/ISB

TG 349

1900

2210

10/04/18

ISB/BKK

TG 350

2320

0625+1

17/04/18

BKK/KUL

TG 415

0905

1215

18/04/18

HARGA TERMASUK:

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dengan Thai Airways & Cukai lapangan terbang. (berat luggage 30 KG)
  • Airport-hotel-Airport transfer & segala pengangkutan yang terlibat dalam program.
  • 07 malam penginapan di hotel 4/3* dengan sarapan pagi.
  • Visa Pakistan , Tip guide & pemandus bas, Air mineral dalam bas
  • Sarapan pagi,makan tengahari dan malam sebagaimana dalam aturcara (SP: SARAPAN PAGI, MT: MAKAN TENGAHARI, MM: MAKAN MALAM)

 

HARGA TIDAK TERMASUK:-

  • Insuran perjalanan
  • Perbelanjaan persendirian

COMPLIMENTARY: Beg Kembara

NOTA PENTING:

  1. TARIKH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN
  2. JENIS PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN
  3. MASA PENERBANGAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN (CUACA, DLL)
  4. JADUAL TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN (FLEKSIBEL)

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM1000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-

Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD
Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

 

  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
12-10-2017
24-10-2017
24-10-2017
13H/11M
Berdua (Dewasa)11690.00
Berdua (Warga Emas)11690.00
Single (Dewasa)12780.00
Single (Warga Emas)12780.00
CZ
26-04-2018
08-05-2018
08-05-2018
13H/11M
Berdua (Dewasa)11690.00
Berdua (Warga Emas)11690.00
Single (Dewasa)12780.00
Single (Warga Emas)12780.00
CZ
Aturcara

KASHGAR (WESTERN CHINA), KARAKUL LAKE, KHUNJERAB PASS & NORTHERN PAKISTAN ANCIENT SILK ROAD TOUR – “A LIFE TIME MEMORABLE JOURNEY”

13 HARI 11 MALAM

Official Air Carrier: China Southern Airlines & Ettihad Airlines

 

HARI 01 & 02: KLIA/BEIJING/KASHGAR (kashgar) [MM]

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu penerbangan ke Kashgar (Western China) pada jam 6 petang melalui Beijing. Ketibaan di Beijing, transit sebelum meneruskan perjalanan ke Kashgar pada jam 8.10 pagi. Ketibaan di Kashgar jam 4.30 petang. Anda akan disambut oleh wakil kami, makan malam dan mendaftar masuk hotel dan rehat.

HARI 02: KASHGAR [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, menziarahi kota lama Kashgar termasuk Masjid Id Kah, sebuah masjid yang terbesar di China dibina semula dalam tahun 1442 oleh Saqsiz Mirza dari struktur asal yang dibina dalam tahun 996. Masjid ini boleh memuatkan 10000 orang dan berkemampuan sehingga 20000 orang. Masa bebas di Bazaar membeli cenderahati.

Kashgar adalah sebuah bandar di Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur di bahagian paling barat China. Ia merupakan sebuah perhatian di laluan Sutera dengan sejarah selama lebih 2000 tahun. Hari ini ia terkenal dengan Pasar Hari Minggu Kashgar pasar harian yang penuh dengan pengunjung. Ia juga dikenali dengan nama nama Central Asia International Grand Bazar. Mempunyai sejarah 2000 tahun dan 5000 lot kedai. Ia merupakan syurga membeli belah!

HARI 03: KASHGHAR - KARAKUL LAKE - THASKORGAN [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Karakul Lake. Makan tengahari di Karakul Lake dan kemudian ke Thaskorgan sebuah bandar yang terletak sebelum sempadan antarabangsa China dan Pakistan (Khujerab Pass). Masa rehat di Thaskorgan .

 

Karakul Lake (meaning bermakna "black lake") terletak lebih kurang 200 km dari Kashgar, Wilayah Xinjiang province, China, dalam Kizilsu Kirgiz Autonomous Prefecture di laluan Karakoram Highway, sebelum Tashkurgan dan Khunjerab Pass di sempadan antarabangsa tertinggi dunia China - Pakistan. Di ketinggian 3600 m (walaupun pernah dikatakn setinggi 3,900 m), ia adalah tasik yang tertinggi di Dataran Banjaran Pamir, berhampiran persimpangan banjaran-banjaran Pamir, Tian Shan dan Kunlun mountain. Tasik Karakul dikelilingi oleh gunung-ganang yang sentiasa diliputi salji di sepanjang tahun. Tiga puncak gunung yang tertinggi kelihatan dari tasik ini iaitu Muztagh Ata (7546 m), Kongur Tagh (7649 m) dan Kongur Tiube (7530 m). tasik ini amat popular di kalangan pengambara lantaran pemandangannya magisnya dan kejernihan refleksi airnya di mana warnanya bertukar dari hijau tua ke warna biru langit ke warna biru air. Terdapat 2 penempatan orang-orang Kyrgyzstan di sepanjang pesisiran tasik ini.

 

HARI 04: THASKORGAN – KHUNJERAB PASS – SOST [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Khunjerab Pass (sempadan China dan Pakistan, merupakan sempadan antarabangsa tertinggi di dunia). Di sepanjang jalan anda boleh melihat Yak dan sekiranya bernasib baik boleh melihat Ibex. Namun berhampiran Sost (bandar pertama Pakistan selepas Khunjerab Pass) anda boleh melawat mini zoo yang menempatkan Ibex dan harimau salju. Masa bebas di Sost yang cantik di kelilingi gunung-ganang yang diliputi salji! Amat memukau. Anda boleh membeli belah cenderahati terutamanya kain sulaman tradisi Pakistan. Bermalam di Sost.

 

HARI 05: SOST – PASSUT GULMIT – ATTABAD LAKE – KARIMABAD [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi yang sederhana dan enak anda dibawa ke Karimabad di Hunza Valley melalui Passut Gulmit, berhenti di beberapa view point utk melihat Passu Glacier dan Puncak Gunung Nanga Prabat dan K2. Naik bot di Attabad Lake yang warna air sentiasa membiru (tertakluk kepada masa dan keberadaan boat cruise ini). Bermalam di Karimabad.

 

HARI 06: KARIMABAD (HUNZA VALLEY) [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi melawat Baltit dan Altit Fort. Baltit fort adalah kota kubu kuno yang terletak di Hunza Valley, diasaskan dalam kurun ke 8 dan disenaraikan sebagai tapak warisan dan sejarah UNESCO sejak tahun 2004. Manakala Altit Fort adalah juga sebuah kota kubu kuno di Hunza Valley dalam wilayah Gilgit Baltistan, Pakistan. Asalnya ia merupakan kediaman pemerintah Hunza yang bergelar Mir yang kemudiannya berpindah ke Baltit Fort. Altit Fort dan Menara Shikari merupakan monument tertua di Gilgit-Baltistan. Ke Hopar Valley yang merupakan sebahagian dari Nagar Valley – menawarkan pemadangan alam yang indah dan merupakan lokasi Glasier Spantik dan Hopar. Pada petang hari ke kampung Duikar untuk melihat matahari jatuh. Di sinilah tempat yang paling menarik untuk menyaksikan matahari jatuh di Pakistan!!


HARI 07: KARIMABAD (HUNZA VALLEY)/ GILGIT [SP/MT/MM]

Selepas sarapan melawat Gojal Village dan meninggalkan Karimabad untuk ke Gilgit. Dalam perjalanan singgah di View Point Rakaposhi di mana kita boleh melihat Puncak gunung Rakaposhi . Rakaposhi adalah sebuah gunung yang terletak di Banjaran Karakoram, Pakistan. Ia terletak di tengah-tengah Lembah Nagar, Daerah Nagar. Rakaposhi bererti diliputi salji dalam Bahasa tempatan. Rakaposhi juga dikenali dengan nama Dumani (Mother of Mist atau Mother of Clouds). Ia berada di kedudukan gunung yang k3 27 tertinggi di dunia dan yang ke 12 di Pakistan. Namun kecantikannya lebih popular dari ketinggiannya. Ketinggiannya mencapai 7788 meter (22,551 kaki). Dari Gilgit anda akan dibawa ke Naltar Valley. Bermalam di Gilgit.

 

HARI 08: GILGIT /SKARDU (LEMBAH SKARDU) [SP/MT/MM]

Selepas sarapan, masa bebas di bandar Gilgit; melihat jambatan tergantung yang merentasi Sungai Indus dan membeli belah. Meneruskan perjalanan ke Skardu, mendaftar masuk hotel dan rehat.

 

Skardu adalah sebuah bandar di Wilayah Gilgit-Baltistan dan menjadi ibukota bagi daerah Skardu. Dengan kelebaran 10 km dan panjang 40 km di sepanjang Lembah Skardu di pertemuan Sungai Indus dan Shigar di ketinggian 2500 meter atas paras laut. Bandar ini menjadi pintu masuk ke gunung-ganang yang berketinggian melebihi 8000 meter dari paras air laut bagi banjaran Gunung Karakorum. Bandar ini terletak di Sungai Indus yang memisahkan Banjaran karakoram dari Banjaran Himalaya.

 

 

HARI 09: SKARDU (LEMBAH SKARDU) [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, menikmati keindahan alam yang menjadi tarikan di Skardu antaranya ialah; ke Basho Valley, Shangrila Resort , Upper Kachura Lake, masa bebas di Skardu untuk membeli cenderahati.

 

Skardu seperti Gilgit adalah tumpuan utama pelancon, pusat bagi aktiviti trekking dan expedisi di Gilgit-Baltistan. Lanskap bergunung-ganang di wilayah ini termasuk 14 buah gunung-ganang yang berketinggian melebihi 8000 meter menarik ramai pelancong, trekkers dan pemanjat gunung dari seluruh dunia!

 

HARI 10: SKARDU/CHILAS [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Islamabad melalui Chilas. Bermalam untuk berehat di Chilas. Di sepanjang jalan saksikan pemandangan indah, gunung-ganang, lembah dan sungai. Anda boleh melihat Nanga Parbat di beberapa view point.

 

HARI 11: CHILAS/KAGHAN/NARAN/ISLAMABAD [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Islamabad melalui Kaghan dan Naran. Nikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di sepanjang perjalanan.

 

HARI 12: ISLAMABAD – RAWALPINDI – AIRPORT- ABU DHABI – KUALA LUMPUR [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, menziarahi masjid King Faisal di Islamabad, kemudian ke Rawalpindi masa bebas membeli belah di kota Tektils, Kulit dan Fabrik ini! Selepas makan malam bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

 

HARI 13: KLIA

Ketibaan di KLIA jam 11 .55 pagi dengan selamat, inshaa-Allah.

 

HARGA SEORANG DI BILIK BERDUA/BERKONGSI & BILIK SEORANG:

DEWASA

KANAK-KANAK 3-11 TAHUN

BILIK BERDUA/BERKONGSI

BILIK SINGLE

BILIK BER-2

RM 11,690

RM 12,780

RM TBA

 

HARGA TERMASUK:

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dengan Ettihad Airways & China Southern Airlines + cukai lapangan terbang.
  • Semua pengangkutan yang terlibat dalam program.
  • 11 Malam penginapan di hotel pilihan dengan sarapan pagi, makan tengahari dan malam seperti dalam aturcara. [SP: SARAPAN PAGI, MT: MAKAN TENGAHARI, MM: MAKAN MALAM]
  • Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan di Pakistan & China
  • Visa China & Pakistan
  • Tip pemandu pelancong dan kenderaan.
  • Mineral wáter
  • Tip porter

 

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • Perbelanjaan persendirian dan Insuran Perjalanan
  • Soft drink, minuman panas dan sejuk yang dipesan sewaktu makan.

 

COMPLIMENTARY: Beg kembara

 

JADUAL PENERBANGAN:

 

SEKTOR

CODE FLIGHT

ETD

ETA

TARIKH 1

KUL - PEK

CA 872

2340

0555

3/10/2017

PEK - KHG

CA 1477

0820

1525

4/10/2017

ISB - AUH

EY 232

0410

0640

15/10/2017

AUH - KUL

EY 416

1050

2230

15/10/2017

tarikh lain 2018 : 17 Apr , 26 apr 2018

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM 1000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-

Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD
Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

 

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT
  • KA - DRAGON AIR

PERHATIAN

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.

BOSNIA, CROATIA & SLOVENIA BALKAN STATES + ROMANIA & BULGARIA BALKAN + GREECE
RM 9,980




RM 2,675

Urumchi, Turpan, Dunhuang, Jiayuguan, Zhangye, Xining, Linxia & Lanzhou
 

WARSAW, LITHUANIA, LATVIA & ESTONIA
 


RM 3,190

RM 4,690


RM 6,890

 


RM 3,490



RM 6,650


RM 12,960

Menyelusuri Keindahan "Swiss" Asia - Lahore-Islamabad-Besham-Chilas-Gilgit-Hunza Valley-Khunjerab Pass-Sost-Karimabad
RM 11,690

 





RM 6,950

ISTANBUL / CANAKKALE / TROY / PARGEMON / IZMIR / KUSADASI / EPHESUS /PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA / ANKARA / BOLU / BHOSPORUS CRUISING
RM 4,390