MOROCCO, SPAIN AND PORTUGAL



  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
09-08-2017
19-08-2017
20-08-2017
12H/10M
Berdua (Dewasa)9890.00
Berdua (Warga Emas)9890.00
Single (Dewasa)10730.00
Single (Warga Emas)10730.00
EK
13-09-2017
24-09-2017
24-09-2017
12H/10M
Berdua (Dewasa)9890.00
Berdua (Warga Emas)9890.00
Single (Dewasa)10730.00
Single (Warga Emas)10730.00
EK
27-10-2017
07-11-2017
07-11-2017
12H/10M
Berdua (Dewasa)9890.00
Berdua (Warga Emas)9890.00
Single (Dewasa)10730.00
Single (Warga Emas)10730.00
EK
07-11-2017
18-11-2017
18-11-2017
12H/10M
Berdua (Dewasa)9490.00
Berdua (Warga Emas)9490.00
Single (Dewasa)10340.00
Single (Warga Emas)10340.00
EK
09-12-2017
20-12-2017
20-12-2017
12H/10M
Berdua (Dewasa)9490.00
Berdua (Warga Emas)9490.00
Single (Dewasa)10340.00
Single (Warga Emas)10340.00
EK

MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL

“CASABLANCA, RABAT, MARRAKESH, BENNI MELLAL, FEZ, MEKNES, TANGIERS, TARIFA, GRANADA , CORDOBA, LISBON, TOLEDO, MADRID”

12HARI 10 MALAM (VIA EMIRATES AIRLINES)

HARI 01: KUALA LUMPUR / DUBAI - CASABLANCA – MARRAKESH [MM]

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas untuk urusan penerbangan ke Casablanca melalui Dubai jam 01:55 pagi. Ketibaan di Casablanca, anda dibawa bersiar-siar di kota Casablanca, lawatan di Casablanca termasuk ke Justice Court, Mohammed V Square, Sea-Side Corniche, Masjid King Hassan, Royal Palace dan meneruskan perjalanan ke Marrakesh. Bermalam di Marrakesh.

HARI 02: MARRAKESH [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, lawatan penuh di Marrakesh: tanah Hamah R’hamma dan Benguerir yang merupakan bandar yang kedua tertua di Morocco yang dijoloki sebagai “Mutiara Selatan.” Bandar ini telah diasaskan oleh Al-Mohades pada akhir abad ke 11. Marrakech terletak di kawasan oasis yang dikepung oleh pergunungan Atlas yang diliputi salji pada musim sejuk dan awal musim bunga (Jan- Mac).Lawatan termasuk ke Masjid Koutoubia (dijoloki sebagai ‘masterpiece’ puak Al-Mohades), Istana Bahia - puing-puing Bahia Palaces, &Manara Gardens. Di sebelah petang mengeksplorasi bazaar-bazaaar dan “Old Medina” (UNESCO’s Heritage Site) untuk tujuan membeli belah dan Djemme El-Fena Square yang terkenal itu.Bermalam di Marrakesh.

 

HARI 03: MARRAKESH – BENI MELLAL – FEZ [SP/MT/MM]

Sarapan di hotel, meneruskan perjalanan ke Fez melalui Benni Mellal, makan tengahari di restoran tempatan di Beni Mellal dan meneruskan perjalanan ke Fez. Bermalam di Fez.

 

HARI 04: FEZ –MEKNES - TANGIERS [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, setengah hari penuh lawatan di kota ini yang merupakan Bandar kebudayaan dan kerohanian Morocco yang tertua. Fez el Bali adalah tapak warisan dunia UNESCO.Terdapat banyak pusat pembuatan kerjatangan yang boleh dilawati dan anda boleh membelinya sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.Fez adalah Bandar sekular yang berkekalan menjadi ibunegara berciri Islam di negaraini. Fez, bandar yang mempunyai masjid yang bagaikan takterbilang banyaknya dan pernah menjadi ibunegara Morocco selama lebih dari 400 tahun, bandar di mana universiti yang tertua di Morocco didapati dan pusat kebudayaan dan keagamaan yang terpenting serta mendahului lain-lain bandar. Fez juga merupakan kota abad pertengahan (kurun ke 11 & 12) yang tertua di dunia, kota yang hampir-hampir tidak pernah berubah merentasi zaman moden dan masih terus berdenyut hebat. Fez diasaskan dalam tahun 789 masehi.Lawatan termasuklah ke Old Medina (Labyrinth), Masjid/Universiti Karouyine, Kilang & kedai kulit yang terkenal di Mez dan menziarahi makam Maulay Ismail dan membeli belah cenderahati di Souq.Makan tengahari dan bertolak ke Tangiers melalui Meknes (Meknes terkenal dengan jolokan “Moroccan Versailles” yang diasaskan oleh Moulay Ismail dalam abad ke 17.Moulay Ismail hidup sezaman dengan Louis XIV.Bandar ini merupakan pusat pengeluaran zaiton, hasil bijiran dan buah sitrus.Bandar lama (Old Meknes) merupakan antara yang tercantik di Morocco.)Lawatan di kota Meknes (warisan sejarah dan kebudayaan UNESCO). Lawatan di Bandar ini termasuklah ke Bab Mansour (pintu gerbang Mansour) yang dianggap sebagai pintu gerbang yang tercantik di Morocco, dan kawasan bandar lama Meknes (Old Meknes). Hotel dan acara bebas.

 

 

HARI 05: TANGIERS – TARIFA – GRANADA [SP/MM]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Granada melalui Tarifa dengan merentasi Selat Gibraltar. Bermalam di Granada.

 

HARI 06: GRANADA – CORDOBA - SEVILLE [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, lawatan ke Al-Hamra& General Life dan El-Mirador de San Nicolas (tempat yang paling menarik untuk bergambar). (Al Hamra dalam bahasa arab bermaksud ‘Yang Merah”, dibina pada pertengahan kurun ke 14, merupakan tempat kediaman kaum Moorish Islam pada satu ketika dahulu, saksikan keindahan senibina Islam yang terdapat diluar dan didalam bangunan unik ini) - Palacio de Generalife (atau dikenali dengan nama Genaralife Garden, keindahan senibina tamannya menjadi kenangan yang sukar dilupakan apabila berada disini). Bertolak ke Cordoba, makan tengahari dan menziarahi Masjid Cordoba (Mezquitta), Jewish Quarter, Roman Bridge, masa bebas membeli belah cenderahati di Cardoba. Bertolak ke Seville dan bermalam di Seville.

HARI 07: SEVILLE - LISBON [SP/MM]

Selepas sarapan, lawatan di Seville termasuk Giralda Tower,Plaza De Espana dan melihat Al Cazar. Masa bebas untuk membeli belah di Bandar Seville. Meneruskan perjalanan ke Lisbon dan bermalam di Lisbon.

HARI 08: LISBON [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, melawat Jeronimos Monastery (contoh unggul bagi gaya senibina Portugis- Gothic Manueline) di Lisbon dikategorikan sebagai tapak Warisan UNESCO bersama dengan Belem Tower, melihat Belem Tower, Discovery Monument St. George Castle, Alfama Quarters. Solat dan makan tengahari di Masjid besar Lisbon dan masa bebas membeli belah di Centro Comerical Colombo atau di tempat-tempat lain yang sesuai.

HARI 09: LISBON – CACERES – MADRID [SP/MT]

Selepas sarapan pagi,bertolak ke Madrid melalui Caceres. Singgah ke Old Town of Caceres (tapak sejarah dan warisan UNESCO) yang penuh dengan sejarah peperangan antara bangsa Moors dan Kristian. Meneruskan perjalanan ke Madrid dan bermalam di Madrid.

 

HARI 10: MADRID – TOLEDO – MADRID [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Toledo. Lawatan di Toledo (berjalan kaki) termasuk ke Santo Tome Church & Damascene Steel Workshop (typical metal gold art craft centre # kesenian pertukangan berasal dari Damascus Syria), makan tengahari dan meneruskan perjalanan ke Madrid. Mulakan city tour di bandar Madrid yang amat terkenal ini, antara tempat yang akan dilawati ialah ke Royal Palace, Plaza Espana- nikmati keindahan dua tempat yang merupakan mercu tanda bandar Madrid ini dan menziarahi Masjid Besar Madrid (Pusat Islam Madrid). Masa bebas membeli belah di sekitar bandar Madrid ( Gran Via).

 

HARI 11: MADRID - DUBAI [SP]

Selepas sarapan pagi,masa bebas di Bandar Madrid sebelum bertolak ke Barajas Airport Madrid untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai.

 

HARI 12: DUBAI – KUALA LUMPUR

Selamat tiba di KLIA bersama kenangan paling manis di bumi Morocco,Andalusia dan Portugal jam 3:05 Petang, insya-Allah.

HARGA SEORANG (Untuk bulan Ogos, September & October):

DEWASA/ WARGA EMAS

KANAK-KANAK (2-12 TAHUN)

BILIK BERDUA

BILIK SINGLE

BILIK BERDUA

EKSTRA KATIL

RM 9890

RM 10730

TBA

TBA

Harga seorang (Untuk bulan November & December shj):

DEWASA/ WARGA EMAS

KANAK-KANAK (2-12 TAHUN)

BILIK BERDUA

BILIK SINGLE

BILIK BERDUA

EKSTRA KATIL

RM 9490

RM 10340

TBA

TBA

 

JADUAL DAN TARIKH PENERBANGAN:

KOD

SEKTOR

ETD

ETA

TARIKH 1

TARIKH 2

TARIKH 3

EK 343

KUL - DXB

0155

0455

09/08/17

13/09/17

27/10/17

EK 751

DXB - CMN

0725

1255

09/08/17

13/09/17

27/10/17

EK 142

MAD - DXB

1520

0045

19/08/17

23/09/17

06/11/17

EK 346

DXB - KUL

0350

1505

20/08/17

24/09/17

07/11/17


JADUAL PENERBANGAN NOVEMBER & DECEMBER:

KOD

SEKTOR

ETD

ETA

TARIKH

TARIKH 2

EK 343

KUL - DXB

0155

0455

07/11/17

09/12/17

EK 751

DXB - CMN

0725

1255

07/11/17

09/12/17

EK 142

MAD - DXB

1520

0045

17/11/17

19/12/17

EK 346

DXB - KUL

0350

1505

18/11/17

20/12/17

TARIKH-TARIKH LAIN:

*Aturcara dan jenis penerbangan tertakluk pada perubahan

HARGA TERMASUK:

  • TIKET PENERBANGAN KELAS EKONOMY DENGAN EMIRATES AIRLINE
  • CUKAI LAPANGAN TERBANG
  • 10 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL 4 BINTANG DENGAN SARAPAN PAGI.
  • MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM SEPERTIMANA DALAM ATURCARA
  • PEMANDU PELANCONG BERBAHASA INGGERIS (LOCAL GUIDE)
  • BAYARAN MASUK KE SEMUA TEMPAT LAWATAN
  • BEG KEMBARA
  • TIP PEMANDU PELANCONG DAN PEMANDU BAS
  • CAJ VISA MOROCCO

 

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • INSURAN PERJALANAN
  • PERBELANJAAN PERSENDIRIAN

NOTA PENTING:

  • DOKUMEN TAMBAHAN UNTUK VISA MOROCCO: 2 KPG GAMBAR PASSPORT, SALINAN KAD PENGENALAN & PASSPORT ASAL.

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit RM 1000 seorang diterima oleh kami.
  2. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  3. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 60 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 60 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 60 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 60 hari sebelum penerbangan

85 % dari harga pakej

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-
Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD
Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

 

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT

PERHATIAN

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.


RM 5,438

BOSNIA, CROATIA & SLOVENIA BALKAN STATES + ROMANIA & BULGARIA BALKAN + GREECE
RM 9,880




RM 2,675

Urumchi, Turpan, Dunhuang, Jiayuguan, Zhangye, Xining, Linxia & Lanzhou
RM 8,580

WARSAW, LITHUANIA, LATVIA & ESTONIA
RM 8,690




RM 3,190

RM 3,990

RM 962

RM 6,490

RM 7,560

RM 7,880

RM 3,780


RM 6,650

RM 6,525




Menyelusuri Keindahan "Swiss" Asia - Lahore-Islamabad-Besham-Chilas-Gilgit-Hunza Valley-Khunjerab Pass-Sost-Karimabad
RM 7,850

RM 10,650





RM 6,950

ISTANBUL / CANAKKALE / TROY / PARGEMON / IZMIR / KUSADASI / EPHESUS /PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA / ANKARA / BOLU / BHOSPORUS CRUISING
RM 4,350