MOROCCO

  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
15-08-2018
22-08-2018
22-08-2018
8H/6M
Adult Twin7390.00
Adult Double7390.00
Adult Single8265.00
Adult Triple8265.00
QR
03-10-2018
10-10-2018
10-10-2018
8H/6M
Adult Twin7390.00
Adult Double7390.00
Adult Single8265.00
Adult Triple8265.00
QR
Aturcara

Morocco Imperial Cities & Gurun Sahara; Casablanca, Marrakesh, Quarzazate, Merzouga, Gurun Sahara, Ifrane, Fez, Meknes & Rabat

8 HARI 6 MALAM

NOTA: Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.

HARI 01: KUALA LUMPUR – DOHA – CASABLANCA - MARRAKESH [MM]

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas untuk urusan penerbangan ke Casablanca melalui Doha pada jam 2:40 pagi. Ketibaan di Casablanca jam 12:40 petang, anda dibawa terus ke Marrakesh melalui tanah Hamah R’hamma dan Benguerir, yang merupakan bandar yang kedua tertua di Morocco yang dijoloki sebagai “Mutiara Selatan.” Bandar ini telah diasaskan oleh Al-Mohades pada akhir abad ke 11. Marrakesh terletak di kawasan oasis yang dikepung oleh pergunungan Atlas yang diliputi salji pada musim sejuk dan awal musim bunga. Masa bebas mengeksplorasi bazaar-bazaaar dan “Old Medina” (UNESCO’s Heritage Site) untuk tujuan membeli belah dan Djemme El-Fna Square yang terkenal itu. Bermalam di Marrakesh.

 

HARI 02: MARRAKESH - QUARZAZATE [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, lawatan ke Masjid Koutoubia (dijoloki sebagai ‘masterpiece’ puak Al-Mohades), Istana Bahia - puing-puing Bahia Palaces dan Menara Gardens. Bertolak ke Quarzazate melalui Taddert dan Tichka Mountain Pass sambil menikmati pemandangan indah pergunungan Atlas. Melawat Kasbah Ait Ben Haddou (bergantung kepada matahari terbenam).

 

HARI 03: QUARZAZATE – TINGHIR - MERZOUGA [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, melawat Taourirt Kasbah dan bertolak ke Merzouga melalui El Kelaa M’Gouna yang dikenali sebagai Roses City dan kemudian ke Todra Gorges dan Dades Canyon. Anda akan teruja melihat keramahan penduduk tempatan, kanyon yang mengkagumkan serta kasbah dan kota yang terdapat di sepanjang perjalanan dan pemandangan indah pergunungan Atlas. Kemudian kita meninggalkan Tinghir untuk ke Erfoud melalui Tinjdad. Meneruskan perjalanan ke Merzouga dengan kenderaan pacuan 4 roda. Selepas sampai di Merzouga Dunes (padang pasir Sahara), anda akan menaiki unta untuk menyaksikn matahari terbenam di gurun Sahara. Makan malam dan bermalam di perkhemahan Nomad.

HARI 04: MERZOUGA – MIDLET – IFRANE - FES [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Erfoud untuk melawat Muzium Fossil, menyambung perjalanan ke Fes melalui kawasan pergunungan Middle-Atlas, melewati Azrou ; kawasan handicraft yang penting dan melawat Blue Meski. Makan tengahari di Kasbah Asmaa di Midelt. Melawat Ifrane dan menyambung perjalanan ke Fes. Bermalam di Fes.

HARI 05: FEZ [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, setengah hari penuh lawatan di kota ini yang merupakan bandar kebudayaan dan kerohanian Morocco yang tertua. Fez el Bali adalah tapak warisan dunia UNESCO. Terdapat banyak pusat pembuatan kerjatangan yang boleh dilawati dan anda boleh membelinya sebagai cenderahati untuk dibawa pulang. Fez adalah bandar sekular yang berkekalan menjadi ibu negara berciri Islam di Negara ini. Fez, bandar yang mempunyai masjid yang bagaikan tak terbilang banyaknya dan pernah menjadi ibu negara Morocco selama lebih dari 400 tahun, bandar di mana universiti yang tertua di Morocco didapati dan pusat kebudayaan dan keagamaan yang terpenting serta mendahului lain-lain bandar. Fez juga merupakan kota abad pertengahan (kurun ke 11 & 12) yang tertua di dunia, kota yang hampir-hampir tidak pernah berubah merentasi zaman moden dan masih terus berdenyut hebat. Fez di asaskan dalam tahun 789 masehi. Lawatan termasuklah ke Old Medina (Labyrinth), Masjid/Universiti Karouyine, Kilang & kedai Kulit yang terkenal di Fez.

 

HARI 06: FEZ MEKNES RABAT -CASABLANCA [SP/MT/MM]

Selepas sarapan bertolak ke Rabat, ibu kota Morocco melalui Meknes. (Meknes terkenal dengan jolokan “Moroccan Versailles” yang diasaskan oleh Moulay Ismail dalam abad ke 17. Moulay Ismail hidup sezaman dengan Louis XIV. Bandar ini merupakan pusat pengeluaran zaiton, hasil bijiran dan buah sitrus. Bandar lama (Old Meknes) merupakan antara yang tercantik di Morocco.) Lawatan di kota Meknes (warisan sejarah dan kebudayaan UNESCO). Lawatan di bandar ini termasuklah ke Bab Mansour (pintu gerbang Mansour) yang dianggap sebagai pintu gerbang yang tercantik di Morocco, makam Moulay Ismail dan kawasan bandar lama Meknes (Old Meknes). Makan tengahari di Rabat, lawatan di Rabat termasuk ke King Muhammad Mausoleum, Hassan Tower dan Udaya Kasbah. Meneruskan perjalanan ke Casablanca, anda dibawa bersiar-siar di kota Casablanca termasuk ke Masjid Hassan II, King Mohammed Square dan Royal Palace.

HARI 07: CASABLANCA DOHA [SP]

Selepas sarapan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia melalui Doha.

 

HARI 08: DOHA KLIA

Tiba di KLIA jam 2:10 petang dengan selamat InsyaaAllah.

HARGA:

DEWASA/WARGA EMAS

KANAK-KANAK 3-12 THN

BILIK BER-2

BILIK SINGLE

BERKATIL

RM 7390

RM 8265

RM TBA

 

 

JADUAL PENERBANGAN:

KOD FLIGHT

SECTOR

ETD

ETA

TARIKH 1

TARIKH 2

TARIKH 3

QR 0853

KUL - DOH

0240

0545

29/03/18

15/08/18

03/10/18

QR 1395

DOH - CMN

0720

1240

29/03/18

15/08/18

03/10/18

QR 1396

CMN - DOH

1400

2355

04/04/18

21/08/18

19/10/18

QR 0846

DOH - KUL

0140

1410

05/04/18

22/08/18

20/10/18

 

HARGA TERMASUK:

  • TIKET PENERBANGAN KELAS EKONOMY DENGAN QATAR AIRWAYS
  • CUKAI LAPANGAN TERBANG
  • 6 MALAM PENGINAPAN DI HOTEL 3/4 BINTANG DENGAN SARAPAN PAGI
  • MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM SEPERTIMANA DALAM ATURCARA
  • PEMANDU PELANCONG BERBAHASA INGGERIS (LOCAL GUIDE)
  • BAYARAN MASUK
  • TIP PEMANDU PELANCONG DAN PEMANDU BAS

 

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • INSURAN PERJALANAN
  • PERBELANJAAN PERSENDIRIAN

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM1000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya.Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-

Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD

Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.

No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

 

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT
  • KA - DRAGON AIR
  • CA - Air China

PERHATIAN

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.

RM 14,950

RM 3,799


BOSNIA, CROATIA & SLOVENIA BALKAN STATES + ROMANIA & BULGARIA BALKAN + GREECE
RM 8,990




WARSAW, LITHUANIA, LATVIA & ESTONIA
RM 8,690




RM 14,484

RM 4,690

RM 1,599

RM 7,950

RM 8,950

RM 6,980

RM 7,560

RM 7,980

RM 3,780



RM 8,390



RM 5,990



RM 12,690

Menyelusuri Keindahan "Swiss" Asia - Lahore-Islamabad-Besham-Chilas-Gilgit-Hunza Valley-Khunjerab Pass-Sost-Karimabad
RM 6,950


RM 8,350




RM 4,150

RM 6,950

ISTANBUL / CANAKKALE / TROY / PARGEMON / IZMIR / KUSADASI / EPHESUS /PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA / ANKARA / BOLU / BHOSPORUS CRUISING
RM 4,890

RM 5,750