KYRGYZSTAN & KAZAKHSTAN

Ala Archa Gorge National Park, Kazakhstan

Burana Tower, Tower for trader pass by and stop (Silk Road)

Chon Kemin Gorge, Kazakhstan

Full of Dry Fruit, Green Bazar Almaty

Dungan Mosque, Kazakhstan

Issyk Kul Lake, Kazakhstan

Kok tobe Cable Car

Medeo, Krysgysztan

Monument Feat Almaty



  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
14-03-2018
22-03-2018
23-03-2018
10H/7M
Berdua (Dewasa)8850.00
Berdua (Warga Emas)8850.00
Single (Dewasa)9958.00
Single (Warga Emas)9958.00
HY
18-04-2018
26-04-2018
27-04-2018
10H/7M
Berdua (Dewasa)8850.00
Berdua (Warga Emas)8850.00
Single (Dewasa)9958.00
Single (Warga Emas)9958.00
HY
Aturcara

KEAJAIBAN ALAM ASIA TENGAH DI KYRGYZSTAN & KAZAKHSTAN

10 HARI 7 MALAM

NOTA PENTING (SILA AMBIL PERHATIAN):

  • SILA BACA TERMA DAN NOTA PENTING DIBAWAH DAN PASTIKAN ANDA FAHAM DAN JELAS TERMA DAN SYARAT KAMI SEBELUM MENEMPAH MANA- MANA PAKEJ SAFIR GO TRAVEL
  • SEBARANG PERTANYAAN DAN BANTUAN BOLEH HUBUNGI 03 8920 4090. TERIMA KASIH

 

HARI 01: KLIA – TASHKENT

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu penerbangan ke Bishkek (Kyrgyzstan) melalui Tashkent (Uzbekistan) jam 7.40 malam.

HARI 02: TASHKENT - BISHKEK – ALA ARCHA – BISHKEK [MT/MM]

Ketibaan di Tashkent dan menyambung penerbangan ke Bishkek jam 6.15 pagi. Selepas selesai urusan imigresyen dan bagasi, akan ditemui oleh wakil kami dan dibawa ke Bishkek. Memulakan city tour di Bishkek termasuk; Pobeda Square (Victory Square), Duboviy Park (Oak Park), Central Ala-Too Square, Old Square, National Philharmonic serta lain-lain tempat menarik di Bishkek. Makan tengahari di Restoran tempatan, selepas solat anda akan dibawa ke Ala Archa Gorge (merupakan sebuah Taman Negara Kyrgyzstan yang menawarkan pemandangan dan lanskap indah dengan sungai berwarna biru dan gunung-ganang menjulang tinggi. Ala Archa Gorge merupakan sebahagian dari Banjaran Tien Shan. Terletak 45 km dari Bishkek.) Anda boleh berjalan-jalan di sini menikmati panorama indah taman negara itu. Di petang hari, kembali ke Bishkek, mendaftar masuk hotel dan makan malam di restoran tempatan.

HARI 03: BISHKEK – CHON KEMIN GORGE [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Chon Kemin Gorge melalui Buruna. Singgah di Buruna untuk melihat Buruna Tower. Kemudian ke Chon Kemin Gorge. Bermalam di rumah tetamu. Makan tengahari dan malam di rumah tetamu. Di siang hari anda berpeluang merasakan pengalaman menunggang kuda.

Buruna Tower – adalah sebuah Menara yang dibina dalam kurun ke 11 Masehi. Anda boleh memanjat hingga ke atas Menara ini sekiranya anda ingin menikmati pemandangan yang pernah dirasai oleh pengembara-pengembara laluan sutera. Burana Tower berfungsi sebagai penanda di sepanjang Laluan Sutera Agung (Great Silk Road) bagi memberitahu para pengembara bahawa di sana terdapat sebuah bandar dan sebuah tempat untuk berehat. Berhampiran dengan tempat itu anda boleh melihat sebuah muzium terbuka “Balbas” (Stone warriors)

Chon Kemin Gorge – adalah sebuah kampung yang terletak dalam Taman Negara dan di sini anda bakal menyaksikan pemandangan gunung-ganang yang memukau. Kawasan kampung sentiasa kekal tanpa pencemaran, masih mengekalkan ciri-ciri tradisi dan kaya dengan budaya, manakala bandar agak moden dan membangun. Pelancongan masih bayi di sini dan masih belum disentuh oleh pengunjung asing. Senyuman manis, keramahan dan budi Bahasa penduduk desa menyambut ketibaan anda di sini.

HARI 04: CHON KEMIN – ISSYK-KUL [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Issyk Kul di sana anda akan dibawa melihat kecantikan tasik glasier yang dikelilingi oleh gunung-ganang yang menyapu awan. Tasik Issyk Kul adalah tasik Alpine yang kedua terbesar di dunia dengan ketinggian 1608 meter di atas paras laut. Tasik ini dipanggil “Mutiara Asia Tengah” (Pearl of Central Asia). Lantaran kemasinan airnya, tasik ini mempunyai ciri-ciri penyembuhan. Jika cuaca mengizinkan boat cruise di tasik tersebut. Mendaftar masuk hotel dan makan malam di restoran tempatan.

HARI 05: ISSYK KUL LAKE – KARAKOL [SP/MT/MM]

Selepas sarapan di hotel, melawat petroglyphs ini adalah inskripsi @ tulisan di atas batu yg berusia 800 tahun sebelum masehi. Ia dibuat oleh Shamans lebih dari 2000 tahun dahulu. Kesemua batu-batu ini masih kekal di tempat asalnya. Anda boleh melihat kecantikan panorama Tasik Issyk Kul dari tempat ini di mana ramai yang menyangka bahawa mereka berada di pertengahan dunia. Kemudian anda akan dibawa ke Karakol. Di Karakol anda akan menziarahi Masjid Dungan salah satu tarikan utama di Karakol. Masjid ini telah dibina dengan gaya China tanpa menggunakan walaupun sebatang paku. Ziarah masjid akan diikuti dengan lawatan ke sebuah Gereja Kayu Kristian Ortodok sekadar untuk melihat senibina sahaja dari luar. Anda juga berpeluang untuk melawat Muzium M.V Prejvalsky salah seorang pengembara dan explorer terkenal dunia. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di rumah tetamu.

HARI 06: KARAKOL – BISHKEK [SP/MT/MM]

Selepas sarapan bertolak ke Jeti Oguz. Lawatan berjalan kaki. Jeti Oguz terkenal dengan formasi batu-batannya yang mempunyai nama “Seven Bulls” – Jeti Oguz. Di sana juga anda akan dapat menyaksikan “Broken Heart Mountain”. Jika berkemampuan anda boleh memanjat ke atas (20 minit) untuk menyaksikan panorama kawasan pergunungan dan ngarai ini. Kemudian ada dibawa ke Kampung Bokombaevo di mana kita akan bertemu dengan pemburu helang. Beliau memburu musang dan arnab dengan bantuan helang. Ini adalah kaedah pemburuan binatang kuno yang diwarisi dari satu generasi ke generasi. Anda akan mempelajari banyak fakta menarik tentang perkara ini. Makan tengahari di rumah penduduk tempatan (local homestay). Kembali ke Bishkek.

HARI 07: BISHKEK – ALMATY [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Almaty, makan tengahari dan lawatan di Almaty termasuk - melawat Park of 28 Panfilov Guardsmen, The Ascension Cathedral yang telah dibina oleh Arkitek Andrei Zenkov seorang pengasas pembinaan kalis gempa bumi, Muzium Alatan Musik kebangsaan (koleksi yg dipamerkan terdiri lebih dari 1000 objek termasuk bahan2x pameran yang jarang-jarang kedapatan bertarikh sehingga kurun ke 17 Masehi). Terdapat lebih dari 60 jenis alatan music tradisional. Untuk merasai “feel” suasana kota Almaty dan warna-warninya, anda boleh ke Green Bazaar. Ke Kok Tobe, Menara tinggi menjulang di tengah-tengah kota Alamaty, anda boleh menaikinya untuk melihat panorama Almaty, makan malam di restoran tempatan, hotel dan rehat.

HARI 08: ALMATY [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Medeos, sebuah lembah yang indah terletak 15 km di atas Almaty. Tidak cukup sekadar keindahan alam semulajadinya, ia juga mempunyai gelanggang peluncur ais pantas terbesar di dunia yang dikenali sebagai Medeo. Dengan menaiki kereta kabel anda dibawa ke Shymbulak (2200 meter atas paras laut). Ia merupakan salah satu lokasi sukan ski terunggul di Asia Tengah. Makan tengahari di Shymbulak atas urusan sendiri. Kemudian anda akan dibawa ke Big Almaty Lake. Masa bebas mengekplorasi kawasan di sekeliling tasik ini. Kembali ke Almaty, hotel dan makan malam di restoran tempatan.

Big Almaty Lake – tasik ini dianggap sebagai sebuah tasik yang tercantik di Kazakhstan. Tasik ini dikelilingi gunung-ganang Trans Ili Alatau, di ketinggian 2511 meter di atas paras laut. Big Almaty lake adalah bahagian penting Ile Alatau National Park. Warna air tasik ini berubah mengikut peredaran musim sepanjang tahun, warnanya berubah dari emerald hingga ke biru Turqoise.

HARI 09: ALMATY – TASHKENT – KUALA LUMPUR [SP/MT]

Selepas sarapan pagi, masa bebas membeli belah antaranya ke Green Bazaar, makan tengahari di restoran tempatan, melawat Republic Square dan berjalan di tengah bandar. Ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang jam 6.55 petang melalui Tashkent.

HARI 10: KLIA

Ketibaan di KLIA jam 10.25 pagi inshaa-Allah dalam keadaan selamat.

 

HARGA SEORANG:

DEWASA

KANAK-KANAK (2-12 TAHUN)

BILIK BERDUA

BILIK SINGLE

BILIK BERDUA

EKSTRA KATIL

RM 8850

RM 9958

RM

TBA

RM

TBA

JADUAL & TARIKH PENERBANGAN:

SEKTOR

CODE FLIGHT

ETD

ETA

MAC

APRIL

KUL - TAS

HY 552

1940

0320+1

14/03/18

18/04/18

TAS- FRU

HY 779

0615

0830

15/03/18

19/04/18

ALA - TAS

HY 766

1855

1935

22/03/18

26/04/18

TAS – KUL

HY 551

2120

1025+1*

22/03/18

26/04/18

*TIBA DI KLIA PADA TARIKH KEESOKAN HARI NYA

HARGA TERMASUK:

  • Tiket penebangan pergi balik kelas ekonomi dengan Uzbekistan Airways + cukai lapangan terbang
  • 07 malam penginapan di hotel pilihan dengan sarapan pagi.
  • Bayaran masuk tempat lawatan
  • 07x Sarapan pagi, makan tengahari dan malam seperti dalam aturacara
  • Air mineral waktu makan dan dalam bas
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
  • Tip pemandu kenderaan dan Pemandu Pelancong
  • Beg kembara
  • Folklore show di Bishkek
  • Boat Cruise di Issy kul Lake
  • Eagle Hunting show di Bokombaevois

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • Insuran perjalanan
  • Air panas/sejuk/jus yg dipesan sewaktu makan
  • Perbelanjaan persendirian
  • Horse riding di Chon Kemin (USD 15 seorang)

 

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM 1000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

  1. Tempoh pemulangan wang (Refund) akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembatalan dibuat.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Sebarang kelulusan Visa (jika Ada) adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negara. Pihak SafirGoTravel Sdn bhd tidak bertanggungjawab jika ada mana- mana penolakan visa berlaku. Pihak SafirGotravel hanya bantu dari segi penyediaan dokumentasi sahaja. Makluman lanjut boleh hubungi 03 8920 4090.
  4. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  5. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  6. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  7. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  8. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  9. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  10. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-


Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD

Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR. No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

 

 

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT
  • KA - DRAGON AIR

PERHATIAN

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.


BOSNIA, CROATIA & SLOVENIA BALKAN STATES + ROMANIA & BULGARIA BALKAN + GREECE
 






Urumchi, Turpan, Dunhuang, Jiayuguan, Zhangye, Xining, Linxia & Lanzhou
 

WARSAW, LITHUANIA, LATVIA & ESTONIA
 


RM 3,190

RM 4,690


RM 8,690

 


RM 3,490



RM 6,650


RM 12,960

Menyelusuri Keindahan "Swiss" Asia - Lahore-Islamabad-Besham-Chilas-Gilgit-Hunza Valley-Khunjerab Pass-Sost-Karimabad
RM 11,690

 





RM 6,950

ISTANBUL / CANAKKALE / TROY / PARGEMON / IZMIR / KUSADASI / EPHESUS /PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA / ANKARA / BOLU / BHOSPORUS CRUISING