ENGLAND SCOTLAND WALES

  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
  • Maklumat Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
15-10-2020
25-10-2020
25-10-2020
11H/9M
Adult Twin11950.00
Adult Double11950.00
Adult Single13485.00
Adult Triple11950.00
QR
02-11-2020
12-11-2020
12-11-2020
11H/9M
Adult Twin11950.00
Adult Double11950.00
Adult Single13485.00
Adult Triple11950.00
QR
Aturcara

ENGLAND, SCOTLAND & WALES

– LANSKAP BUDAYA, ALAM SEMULAJADI + BELI BELAH: ABERDEEN, INVERNESS, EDINBURGH, GLASGOW, LAKE DISTRICT, MANCHESTER, LIVERPOOL, CARDIFF, LONDON

 

11 HARI 09 MALAM (VIA QATAR AIRWAYS)

HALF-BOARD (SARAPAN PAGI & MAKAN TENGAHARI)

 

HARI 01 : KLIA/DOHA – EDINBURGH – ABERDEEN [MT]

Berkumpul di KLIA 3½ jam sebelum penerbangan ke Edinburgh. Ketibaan di Edinburgh, anda akan disambut oleh wakil kami. Bertolak ke Aberdeen. Makan tengahari. Lawatan orientasi di kota Aberdeen dan masa bebas. Bermalam di Aberdeen.

 

HARI 02 : ABERDEEN – INVERNESS [SP/MT]

Selepas sarapan, bertolak ke Inverness. Makan tengahari. Sehari penuh lawatan di Loch Ness dengan menaiki bot cruise dari Tomnahurich Bridge ke Urquhart Castle. Nikmati kecantikan tanah tinggi Scotland, melihat Inverness Castle, St. Andrews Cathedral, Greig Street Bridge. Ke Great Glen (lanskap alam semulajadi) dan bermalam di Inverness.

 

HARI 03 : INVERNESS – EDINBURGH [SP/MT]

Selepas sarapan, bertolak ke Edinburgh. Bersolat di Masjid Edinburgh. Melawat Edinburgh Castle (tersenarai dalam UNESCO), melihat St. Giles Cathedral, Edinburgh University, National Gallery, Holyrood Palace dan Carlton Hill bagi melihat kota Edinburgh dari puncak tertinggi kota bersejarah ini. Masa bebas di Princess Street. Bermalam di Edinburgh.

 

HARI 04 : EDINBURGH – GLASGOW [SP/MT]

Selepass sarapan bertolak ke Glasgow. Melihat Tolbooth Steeple, Clyde Arc, Cineworld, Burrel Collection yang menempatkan antara koleksi seni terbaik Eropah dan Glasgow University. Selepas makan tengahari, bersolat di Masjid Glasgow. Melihat City Chambers dan Gerogian Squares dan masa bebas membeli belah di Buchanan & Italian street. Bermalam di Glasgow.

 

HARI 05: EDINBURGH – WINDERMERE – BOWNESS – GRASMERE [SP/MT]

Selepas sarapan bertolak ke Lake District National Park dimana terletaknya Windermere, tasik semulajadi yang terbesar di England. Selepas makan tengahari, menaiki bot cruise selama 45 minit disekitar kepulauan Bowness untuk menikmati pemandangan panoramik tasik dan gunung-ganang yang indah. Meneruskan perjalanan ke Grasmere untuk berhenti bergambar di Grasmere Lake dan melihat bandar William Wordsworth Village. Bermalam di Grasmere.

 

HARI 06 : GRASMERE – MANCHESTER – LIVERPOOL [SP/MT]

Selepas sarapan bertolak ke Manchester untuk melawat Stadium Manchester United FC

– Old Trafford Museum dan Stadium Tour. Selepas makan tengahari, melihat Manchester Town Hall, Manchester Cathedral, Opera House, Refuge Assurance Building, Gorton Monastery dan Manchester Islamic Centre. Bertolak ke LIverpool, daftar masuk hotel dan rehat.

 

HARI 07 : LIVERPOOL – CARDIFF [SP/MT]

Selepas sarapan, lawatan di Liverpool termasuk menaiki river-boat cruise untuk melihat tapak sejarah UNESCO bahagian kota yang terletak di pinggir sungai. Kemudian menaiki bas 2-tingkat tanpa bumbung untuk melihat tempat-tempat tarikan di sekeliling kota Liverpool. Selepas makan tengahari, bertolak ke Cardiff. Daftar masuk hotel dan bermalam di Cardiff.

 

HARI 08 : CARDIFF – LONDON [SP/MT]

Selepas sarapan, lawatan termasuk melihat Cardiff Bay, Millennium Stadium, Cardiff Castle dan Llandaff Cathedral. Selepas makan tengahari, bertolak ke London. Tiba di London, masa bebas membeli-belah di London Designer Outlet. Daftar masuk hotel dan bermalam di London.

 

HARI 09 : LONDON [SP/MT]

Selepas sarapan, lawatan setengah hari London Panoramic Tour dengan pemandu pelancong melihat Westminster Abbey, Big Ben, London Eye, Tower Bridge, Houses of Parliament, Downing Street – kediaman rasmi Perdana Menteri Britain, Horse Guards dan Pall Mall, St. James’s Palace & Buckingham Palace atau the Horse Guards Parade, St Paul’s Cathedral dan Trafalgar Square. Makan tengahari dan solat di Central Mosque di Regent’s Park. Di sebelah petang, masa bebas membeli belah di Oxford Street. Kembali ke hotel dan rehat.

 

HARI 10 : LONDON – DOHA/KUL [SP]

Selepas sarapan, masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air.

 

HARI 11 : DOHA/KUL

Selamat tiba di KLIA Insyaa Allah.

 

 

HARGA SEORANG :

DEWASA

KANAK-KANAK 2-11 THN

BILIK BERDUA

BILIK SINGLE

BERKATIL

TANPA KATIL

RM 11,950

RM 13,485

RM TBA

RM TBA

 

HARGA TERMASUK:

  • Tiket penebangan pergi balik kelas ekonomi dengan Qatar Airways + cukai lapangan terbang
  • 09 malam penginapan di hotel dengan sarapan pagi
  • Khidmat porter di hotel (tertakluk pada ketersediaan)
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan
  • Makan tengahari dan malam sebagaimana dalam aturcara [SP: SARAPAN PAGI, MT: MAKAN TENGAHARI]
  • Air mineral dalam bas
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
  • Tip pemandu kenderaan dan pemandu pelancong
  • Beg kembara

 

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • Insuran perjalanan
  • Air panas/sejuk/jus yg dipesan sewaktu
  • Perbelanjaan persendirian

 

JADUAL PENERBANGAN:

TARIKH 1

TARIKH 2

KOD AIRLINES

SEKTOR

ETD/ETA

15/10/20

02/11/20

QR 853

KUL/DOH

02:05 / 05:10

15/10/20

02/11/20

QR 029

DOH/EDI

07:50 / 12:35

24/10/20

11/11/20

QR 008

LHR/DOH

15:05 / 00:55 +1

25/10/20

12/11/20

QR 848

DOH/KUL

02:45 / 15:30

 

TERMA & SYARAT:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM 2,000 seorang diterima oleh
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanAyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum

penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-

 

Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD

Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.

No. Akaun : 5628-3461-9640

 

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT
  • KA - DRAGON AIR
  • CA - Air China
  • KC - AIR ASTANA
  • PR - Philippine Airlines

PERHATIAN

         NOTE : ALL ENTRANCE TICKET SUBJECT TO AVAILABILITY

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.