BALKAN STATES



  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
12-07-2017
(Promosi)
25-07-2017
25-07-2017
14H/11M
Berdua (Dewasa)9980.00
Berdua (Warga Emas)9980.00
Single (Dewasa)10590.00
Single (Warga Emas)10590.00
TK
09-08-2017
(Promosi)
22-08-2017
22-08-2017
14H/11M
Berdua (Dewasa)9980.00
Berdua (Warga Emas)9980.00
Single (Dewasa)10590.00
Single (Warga Emas)10590.00
TK
23-08-2017
(Promosi)
04-09-2017
05-09-2017
14H/11M
Berdua (Dewasa)9980.00
Berdua (Warga Emas)9980.00
Single (Dewasa)10590.00
Single (Warga Emas)10590.00
TK
20-09-2017
(Promosi)
03-10-2017
03-10-2017
14H/11M
Berdua (Dewasa)9980.00
Berdua (Warga Emas)9980.00
Single (Dewasa)10590.00
Single (Warga Emas)10590.00
TK
18-10-2017
(Promosi)
31-10-2017
31-10-2017
14H/11M
Berdua (Dewasa)9980.00
Berdua (Warga Emas)9980.00
Single (Dewasa)10590.00
Single (Warga Emas)10590.00
TK
30-11-2017
(Promosi)
13-12-2017
13-12-2017
14H/11M
Berdua (Dewasa)9880.00
Berdua (Warga Emas)9880.00
Single (Dewasa)10590.00
Single (Warga Emas)10590.00
TK
01-12-2017
(Promosi)
14-11-2017
14-12-2017
14H/11M
Berdua (Dewasa)9980.00
Berdua (Warga Emas)9980.00
Single (Dewasa)10590.00
Single (Warga Emas)10590.00
TK
Aturcara

7 NEGARA DALAM SATU TIKET!!! HARGA TERMURAH!

CROATIA, BOSNIA, MONTENEGRO, KOSOVO, ALBANIA, MACCEDONIA DAN GREECE - KEINDAHAN ADRIATIK & NEGARA-NEGARA BALKAN YANG MEMUKAU

13 HARI 11 MALAM

HARI 01: KLIA – ISTANBUL

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan bagi urusan mendaftar masuk penerbangan ke Zagreb (Croatia) melalui Istanbul jam 11:35 malam.

 

HARI 02: ISTANBUL – ZAGREB – BIHAJ (BOSNIA) [MT/MM]

Ketibaan di Zagreb, anda akan disambut oleh wakil kami. Lawatan ke Upper Town- lawatan termasuk melihat senibina St Mark Church, Pope Tower, Bangunan Parlimen & bergambar di bangunan Parlimen & Lower part Zagreb. Acara bebas. Check in hotel dan rehat. Bermalam di Bihaj.

 

Hari 03: BIHAJ – NATIONAL PLITVICE LAKE – ZADAR – SPLIT (CROATIA) [SP/MT/MM]

Selepas sarapan, bertolak ke Plitvice Lakes National Park yang terletak di dataran tinggi Plitvice (Plitvice Plateau) mempunyai gabungan unik tasik dan gua. Saksikan air tasik berwarna turquoise, air terjun berbentuk cascades & daun-daun pokok berwarna-warni di musim bunga. Meneruskan perjalanan ke Split melalui Zadar. Bermalam di Split.

 

Hari 4: SPLIT – TRAVNIK – SARAJEVO (BOSNIA) [SP/MT/MM]

Selepas sarapan – mencuci mata di Split kota di pinggir LautAdriatik yang indah & melawat Diocletian’s Palace yang merupakan istana kuno yang telah dibina oleh Maharaja Rom dalam kurun ke 4 Masehi. Hari ini Diocletian’s Castle merupakan sebahagian dari kota Split. Singgah di Travnik, masjid Sulaimaniyyah dan Madrasah. Travnik terletak 90 km kearah barat Sarajevo menjadi kota bagi Gabenor Bosnia dari tahun 1697-1850. Bermalam di Sarajevo.

 

Hari 05: SARAJEVO (BOSNIA) [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, ziarah ke Masjid Gazi Husrevby, Masjid Bascarsija yang termasyhur itu dibina dalam tahun 1528, Town Hall, Mosque, Gazi Husrevby Market. Lawatan ke Tunnel of Hope (terowong yang digunakan oleh penduduk Sarajevo sewaktu dikepung oleh tentera Serbia) & masa bebas membeli belah di Gazi Husrev Beg Bazaar; sebuah bazaar bertutup ala Grand Bazaar di Istanbul yang terletak di Bascarsijana dipusat Bandar Sarajevo. Bermalam di Sarajevo.

 

Hari 06: SARAJEVO - MOSTAR – BLAGAJ - KERCIVA WATER FALL – NEUM – DUBROVNIK (CROATIA) [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, Lawatan di Mostar; Turkish House dan Jambatan Mostar. Mostar adalah kota yang besar dan terpenting di Bosnia. Mostar terletak di tebing Sungai Neretva. Mostar diberi nama sempena nama penjaga jambatan “Mostari” yang mengawal jambatan Stari Most (Old Bridge) yang merentangi Sungai Neretva. Jambatan ini telah musnah sewaktu peperangan dengan Serbia dan dibina semula dalam tahun 2004 & merupakan mercutanda terpenting di Mostar. Lawatan anda ke Bosnia tidak sah sekiranya tidak mengunjungi Mostar! Makan tengahari di Blagaj dengan ikan trout yang segar, selepas solat terus ke Kerciva Waterfall antara lanskap air terjun dan keindahan alam semulajadi yang paling menarik di Bosnia terletak di Studenci di Lembah Neretva. Neum adalah kawasan Bosnia yang tersepit antara dua sempadan Croatia. Hanya memiliki 10 km panjang kawasan pantai. Nikmatilah keindahan yang tidak terperi di sepanjang perjalanan di pesisiran pantai LautAdriatik – Laut Adriatik yang membiru dan seribu pulau-pulau kecil, tebing-tebing curam dan atap-atap rumah berwarna merah jingga Terus ke Dubrovnik. Dubrovnik adalah sebuah kota di pesisiran Laut Adriatic yang merupakan destinasi pelancongan unggul di Laut Adriatic di samping sebagai sebuah pelabuhan dan pusat wilayah Dubrovnik-Neretva. Sebuah kotakubu (fortress) yang amat indah. Bermalam di Dubrovnik.

 

Hari 07: DUBROVNIK – BUDVA – STEVI STEFANI - KOTOR – SHKODER (ALBANIA) [SP/MT/MM]

Selepas sarapan, lawatan di kota lama Dubrovnik – Rector’s Palace, Fransican Monastery (termasuk Old Pharmacy), Clock Tower, Orlando’s Columns, Sponze Plaza, Dubrovnik’ City Wall dan lain-lain. Menaiki kereta kabel di Dubrovnik untuk melihat keseluruhan kota Dubrovnik. Selepas makan tenagahari bertolak ke Montenegro, melawa Budva dan Old Citynya dan terus ke Telok Kotor - seakan-akan Dubrovnik di Croatia, mempunyai keindahan tersendiri dan deretan kedai-kedai menjual cenderahati. Makan terkenal di sinilah “Seafood”. bertolak ke Budva melalui Uqlin; Walking tour di kota Budva, St Trphoon Cathderal dan Uqlin. Melihat Sveti Stefan pulau persendirian di laut Adriatik yang terdapat di atasnya sebuah resort bertaraf 7 bintang (Amani Stevi Stefani Resort) dan bermalam di Shkoder.

 

Hari 08: SHKODER – tirana – PRIZREN (kosovo) [sp/mt/MM]

Selepas sarapan pagi bertolak ke Tirana, “walking tour” di bandar Tirana; Skanerbeg Square, Masjid Enthem Bay & Clock Tower, Tirana University, Bangunan Parlimen, “Bunker” & “Berlin Wall” dan Barrikadave serta Luigj Gurakuqi streets. Ke Prizren; lawatan di Prizren termasuk ke Albanian League of Prizen dan Masjid Sinan Pasa serta bandar lama Prizen. Bermalam di Prizren. Prizren adalah kota cantik dan tumpuan utama pelancong di Kosovo. Membeli belah dan membeli cenderahati di Prizren.

 

Hari 09: PRIZREN – skopje - ohrid (maccedonia) [sp/mt/MM]

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Skopje ibukota Maccedonia; lawatan di Skopje termasuk menziarahi Masjid Mustafa Pasa, bandar lama Skopje/bazaar lama, Stone Bridge dan bertolak ke bandar lama Ohrid. Bermalam di Ohrid.

 

HARI 10: OHRID – BITOLA – KALAMBAKA (GREECE) [sp/mt/MM]

Selepas sarapan, Boat Cruising di Tasik Ohrid, masa bebas di pusat bandar Ohrid, solat dan makan tengahari. Bertolak ke Greece melalui Bitola. Bermalam di Kalambaka.

 

HARI 11: KALAMBAKA – ATHENS [sp/mt/mM]

Selepas sarapan, melawat Meteor Monastery (Adalah salah satu komplek Monastery Kristian Orthodok Timur yang terbesar dan terpenting di Greece selepas Mount Atlas. Enam buah monastery ini dibina di atas tiang batu pasir di barat daya tanah pamah Thessaly berhampira Sungai Pinelos dan gunung ganang Pindus di tengah-tengah Greece. Bandar yang terhampir ialah Kalambaka). Bermalam di Athens.

 

HARI 12: ATHENS [sp/mt/mM]

Selepas sarapan pagi melawat Acropolis dan Parthenon. Masa bebas membeli belah di Plaka.

 

HARI 13: ATHENS – istanbul [sp]

Selepas sarapan pagi masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

 

HARI 14: istanbul – KLIA

Selamat sampai di KLIA jam 04:55 Petang.

 

HARGA SEORANG:

DEWASA

KANAK-KANAK (2-12 TAHUN)

BILIK BERDUA

BILIK SINGLE

BILIK BERDUA

EKSTRA KATIL

Harga Asal RM9980

RM 9,390 seorang

Harga Asal RM10950

RM 10,360 seorang

RM

TBA

RM

TBA

TEMA & SYARAT: UNTUK DAPATKAN DISKAUN SEBANYAK RM1000 INI, DEPOSIT SEBANYAK RM2000 SEORANG MESTILAH DIJELASKAN SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN.

JADUAL & TARIKH PENERBANGAN:

SEKTOR

CODE FLIGHT

ETD

ETA

TARIKH 1

KUL - IST

TK 61

2335

0515+1

18/10/2017

IST - ZAG

TK 1053

0720

0835

19/10/17

ATH - IST

TK 1844

1430

1700

30/10/17

IST – KUL

TK 60

0155

1720

31/10/17

TARIKH PENERBANGAN LAIN :01 MAY, 12 JUL, 09 OGO, 20 SEP, 18 OKT, 23 Okt, 30 OKT, 01 NOV & 6 NOV, 30 NOV, 10 DEC

Untuk bulan Julai & Ogos, Nov dan Disember Surcaj RM500 seorang.

HARGA TERMASUK:

  • Tiket penebangan pergi balik kelas ekonomi dengan Turkish Airways + cukai lapangan terbang
  • 11 malam penginapan di hotel pilihan dengan sarapan pagi.
  • Bayaran masuk tempat lawatan
  • 11x Sarapan pagi, makan tengahari dan malam seperti dalam aturacara
  • Air mineral waktu makan dan dalam bas
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
  • Tip pemandu kenderaan dan Throughout Group Escort
  • Beg kembara

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • Insuran perjalanan
  • Air panas/sejuk/jus yg dipesan sewaktu makan
  • Perbelanjaan persendirian

 

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM 2000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

 

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-

Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD
Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

 

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT

PERHATIAN

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.


RM 5,438

BOSNIA, CROATIA & SLOVENIA BALKAN STATES + ROMANIA & BULGARIA BALKAN + GREECE
RM 9,880




RM 2,675

Urumchi, Turpan, Dunhuang, Jiayuguan, Zhangye, Xining, Linxia & Lanzhou
RM 8,580

WARSAW, LITHUANIA, LATVIA & ESTONIA
RM 8,690




RM 3,190

RM 3,990

RM 962

RM 6,490

RM 7,560

RM 7,880

RM 3,780


RM 6,650

RM 6,525




Menyelusuri Keindahan "Swiss" Asia - Lahore-Islamabad-Besham-Chilas-Gilgit-Hunza Valley-Khunjerab Pass-Sost-Karimabad
RM 7,850

RM 10,650





RM 6,950

ISTANBUL / CANAKKALE / TROY / PARGEMON / IZMIR / KUSADASI / EPHESUS /PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA / ANKARA / BOLU / BHOSPORUS CRUISING
RM 4,350