TURKEY EASTERN ANATOLIA EXOTIC TOUR

  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
  • Maklumat Tambahan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
03-07-2018
16-07-2018
16-07-2018
14H/11M
Adult Twin8950.00
Adult Double8950.00
Adult Single10450.00
Adult Triple10450.00
TK
Aturcara

TURKEY EASTERN ANATOLIA EXOTIC TOUR

13 HARI 11 MALAM (+ 01 Domestic Flight), Fullboard Meals & Fully Guided Tour

 

HARI 01: KLIA – ISTANBUL

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu penerbangan untuk urusan mendaftar masuk penerbangan ke Istanbul jam 11.35 malam.

HARI 02: ISTANBUL [SP/MT/MM]

Ketibaan di Lapangan Terbang Antarturk Istanbul, anda akan disambut oleh wakil kami. Selesai urusan bagasi, anda akan dibawa untuk bersarapan pagi, Masa bebas di Sultan Ahmad Square, menziarahi Masjid Biru dan Optional Tour ke Topkapi Palace. Walking tour di Eminonu dan mendaftar masuk hotel.

HARI 02: ISTANBUL/ BOLU/ ANKARA/ KIRSEHIR/ KAYSERI (SP/MT/MM)

Di awal pagi bertolak ke wilayah Bolu (3 ½ jam). Solat & Sarapan pagi di R & R Otoban. Melawat Masjid Beyazit di Sehir Merkez Bolu sebelum bertolak ke ibu negara Ankara (2 jam). Lawatan orientasi di bandar Ankara. Solat Jamak, makan tengahari di Ankara. Bertolak ke Kirsehir (2 ½ jam) dan melawat Masjid Nurettin Cacabey dibina pada tahun 1272 masihi, era Seljuq. Perjalanan diteruskan ke Kayseri. Makan malam & daftar masuk hotel di Sehir Merkez Kayseri.

HARI 03: KAYSERI (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, lawatan di Kayseri termasuk Kayseri Castle, Mahperi Hunat Hatun Complex, Ulu Cami (masjid besar Kayseri) yang dibina dalam tahun 1142 dengan senibina Seljuk, Kursulun Camii (Masjid Kursulun) yang direka oleh Sinan dibina dalam tahun 1585 dan Civilization Museum of Keysari kurun ke 13 kombinasi hospital dan kolej perubatan.

HARI 04: KAYSERI/ GAZIANTEP/KAHRAMANMARAS/ SANLIURFA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Kahramanmaras (popular dengan panggilan Maras); melawat Kahramanmaras Castle, menziarahi Masjid Besar Maras & Old Bazaar. Perjalanan diteruskan ke Sanliurfa. Makan malam & daftar masuk hotel Sanliurfa. Kahramanmaras Castle (dibina antara kurun pertama sebelum Masehi dan kurun ke 2 Masehi) dan telah dibaikpulih oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki.

HARI 05: SANLIURFA/ VIRANSEHIR/ MARDIN (SP,MT,MM)

Sarapan pagi di hotel. Melawat Masjid Halilulrahman & Sacred Fish Pool. Turut dilawati Gua dikatakan tempat kelahiran Nabi Ibrahim a.s. Program lawatan diteruskan ke daerah Eyyupnabi melawat Perigi & Gua Nabi Ayyub alaihe salam sebelum bertolak ke Viransehir (1hrs) melawat Makam Nabi Ayub a.s dan isterinya Rahmah serta Makam Nabi Ilyasa’ a.s. Perjalanan diteruskan ke wilayah Mardin. Makan malam & daftar masuk hotel.

HARI 06: MARDIN/ BATMAN/ BITLIS/ VAN (SP,MT,MM)

Sarapan pagi di hotel. Daftar keluar hotel. 2 jam walk-tour bandar lama Mardin. Old Bazaar, Ulu Camii Mardin & Madrasah. Bertolak ke wilayah Batman (2hrs). Melawat daerah kecil Hasankeyf, Sungai Dajlah berpunca dari negara Iraq, bergambar di Eski Kopru (Old Bridge) dan masjid bersejarah. Bertolak ke Bitlis & Makan tengahari dipusat bandar Batman. Ziarah Makam Uwais Al-Qarni (1¼hrs) dalam perjalanan ke pusat bandar Bitlis. Istirehat di bandar Bitlis (Bergambar di Bitlis Castle & Ulu Camii) sebelum bergerak ke Edremit Van. Makan malam & Bermalam di Van

HARI 07: VAN/GEVAS-AKDAMAR ISLAND/ DOGUBEYAZIT (SP,MT,MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Gevas untuk menaiki bot ke Akdamar Island. (Pemandangan Tasik Van & Gereja lama Armenian). Kembali ke pusat bandar Van, melawat Van Castle sebelum perjalanan diteruskan ke Dogubeyazit (2 ½ hrs). Tiba di Dogubeyazit melawat Istana Ishak Pasha, kesan Bahtera Nabi Nuh a.s, Gurbulak (sempadan Turki-Iran), kesan Meteor serta pemandangan Gunung Ararat. Daftar masuk hotel.

HARI 08: DOGUBEYAZIT/ ANI RUINS/ KARS (SP,MT,MM)

Sarapan pagi. Bertolak ke Ani Ruins di wilayah Kars. Melawat tinggalan sejarah Ani di mana tentera Islam Seljuk mulai memasuki Anatolia setelah menewaskan kristian di Kota ini. Terdapat kesan Cathedral yang dijadikan masjid serta terdapat Masjid Ebul Manucehr, masjid pertama dibina di Anatolia pada tahun 1072 masihi. Selesai lawatan di Ani, perjalanan ke pusat bandar Kars (45min), lawatan di Kubu Kars, Ulu Camii Kars & Old Stone Bridge. Makan malam & daftar masuk hotel. Bermalam di Kars.

HARI 09: KARS/ ERZURUM/ BAYBURT/ UZUNGOL (SP,MT,MM)

Sarapan pagi. Bertolak ke Erzurum. Tiba di Erzurum, melawat Madrasah Yakutiye era Seljuk, Madrasah Cifte Minareli & Tashan (pusat penjualan Tasbih & cincin). Makan tengahari di Erzurum dan bergerak ke Bayburt. Istirehat di Bayburt Old Part sebelum perjalanan diteruskan ke Uzungol di wilayah Trabzon. Makan malam & daftar masuk hotel.

HARI 10: UZUNGOL/ MACKA/ TRABZON CITY (SP,MT,MM)

Sarapan pagi. Menikmati keindahan Uzungol yang diberi jolokan ‘Swiss di bumi Turki’ Uzungol bermaksud Tasik Panjang. 10.00 pagi bertolak ke daerah Macka dataran tinggi di Trabzon untuk lawatan ke Sumela Monestry. Selesai lawatan di Sumela, bertolak ke pusat bandar Trabzon. Makan malam & daftar masuk hotel.

HARI 11: TRABZON/ ISTANBUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan di pusat bandar Trabzon; Hagya Sofia Trabzon, Bazaar Trabzon & Blacksea Coast. Penerbangan domestic ke Istanbul. Ketibaan di Istanbul, masa bebas membeli belah di Grand Bazaar, kedai Kulit, makan malam, mendaftar masuk hotel dan acara bebas.

HARI 12: ISTANBUL/KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, Bosporus Cruise, Spice Market, Masjid Rempasa dan masa bebas di Taksim Square sebelum makan malam dan transfer ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

HARI 13: KLIA

Ketibaan di KLIA jam 5.45 petang.

HARGA SEORANG DI BILIK BERDUA/BERKONGSI & BILIK SEORANG:

DEWASA / WARGA EMAS

KANAK-KANAK (2-11 TAHUN)

BILIK BERDUA

BILIK SINGLE

BILIK BERDUA / EXTRA BED

RM 8950 SEORANG

RM 10450 SEORANG

RM TBA

 

HARGA TERMASUK:

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dengan Turkish Airways & Cukai lapangan terbang.
  • Semua pengangkutan yang terlibat dalam program.
  • 11 Malam penginapan di hotel pilihan dengan sarapan pagi, makan tengahari dan malam seperti dalam aturcara. [SP: SARAPAN PAGI, MT: MAKAN TENGAHARI, MM: MAKAN MALAM]
  • Pemandu Pelancong berbahasa Inggeris
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan
  • Tip pemandu pelancong dan kenderaan.
  • Mineral wáter
  • Tip porter
  • Bosphorus cruise

 

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • Perbelanjaan persendirian dan Insuran Perjalanan
  • Soft drink, minuman panas dan sejuk yang dipesan sewaktu makan.

 

COMPLIMENTARY: Beg kembara

 

JADUAL PENERBANGAN:

SEKTOR

CODE FLIGHT

ETD

ETA

TARIKH 1

TARIKH 1

KUL - IST

TK 61

2335

0515+1

04/04/18

03/07/2018

TRABZON - IST

TK 2827

0835

1035

15/04/18

14/07/2018

IST – KUL

TK 60

0205

1745

17/04/18

16/07/2018

 

Terma & Syarat:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM 2000 seorang diterima oleh kami.
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan tempahan.
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang salahfaham.
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

 

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum penerbangan

100% dari harga pakej

 

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan sebagainya.
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan terakhir.
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika eletrik.
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia.
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan dipulangkan.
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-

Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD
Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
No. Akaun : 5628-3461-9640

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT
  • KA - DRAGON AIR
  • CA - Air China

PERHATIAN

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.


RM 5,240

BOSNIA, CROATIA & SLOVENIA BALKAN STATES + ROMANIA & BULGARIA BALKAN + GREECE
RM 8,990





WARSAW, LITHUANIA, LATVIA & ESTONIA
RM 8,690


RM 14,484

RM 4,690

RM 1,599

RM 7,950

RM 6,980

RM 7,560

RM 7,980

RM 3,780



RM 8,390



RM 5,990



RM 12,690

Menyelusuri Keindahan "Swiss" Asia - Lahore-Islamabad-Besham-Chilas-Gilgit-Hunza Valley-Khunjerab Pass-Sost-Karimabad
RM 6,950

RM 7,650





RM 4,150

RM 5,950

ISTANBUL / CANAKKALE / TROY / PARGEMON / IZMIR / KUSADASI / EPHESUS /PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA / ANKARA / BOLU / BHOSPORUS CRUISING
RM 4,890