AFRIKA SELATAN + VICTORIA FALLS + PULAU MAURITIUS

  • Jadual Tarikh & Harga
  • Aturcara Perjalanan
  • Maklumat Tambahan
Jadual Harga
TKH BERLEPAS TKH KEMBALI BIL HARI HARGA (RM/ORG) PESAWAT INFO
24-09-2020
04-10-2020
05-10-2020
14H/12M
Adult Twin18680.00
Adult Double18680.00
Adult Single20680.00
Adult Triple18680.00
MK
Aturcara

AFRIKA SELATAN (CAPE TOWN, JOHANNESBURG, SUN CITY, KYSNA, GEORGE, PRETORIA, VICTORIA FALLS (ZIMBABWE + ZAMBIA) & PULAU MAURITIUS

14 HARI 12 MALAM

 

HARI 01: KLIA – MAURITIUS – CAPE TOWN [MM]

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan ke Mauritius bagi urusan daftar masuk penerbangan ke Mauritius jam 1.35 petang. Ketibaan di Lapangan Terbang Mauritius jam 6.45 PETANG. Mendaftar masuk hotel dan bermalam di Mauritius.

 

HARI 02: MAURITIUS [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi city tour di Port Louis; Marie Reine de la paix/citadel, Louis Market, Caudan Waterfront dan melihat keindahan pantai Mauritius di Blue Bay. Masa bebas membeli belah.

 

HARI 03: MAURITIUS – CAPE TOWN [SP/MT/MM]

Selepas sarapan bertolak ke lapangan terbang untuk mengambil penerbangan dari Mauritius ke Cape Town pada pukul 8.45 pagi. Ketibaan di Cape Town jam 12.50 tengahari. Makan tengahari dan mendaftar masuk hotel di Cape Town.

 

HARI 04: CAPE TOWN – CAPE PENINSULAR TOUR – SEAL ISLAND – BOULDER BEACH – CAPE POINT (RETURN FUNICULAR) – CHAPMAN'S PEAK [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi, ke Cape Peninsular, Seal Island (terletak 5.7 km ke utara pantai False Bay berhampiran Cape Town. Pulau ini dinamakan sedemikian justeru banyaknya beruang laut yang hidup di atasnya) melalui Teluk Hout & Boulder Beach untuk melihat penguin, Cape Point dengan menaiki Funikular atau keretapi kabel (pergi balik) yang akan membawa anda ke api di mana anda akan menikmati pemandangan indah Cape Point dan lautan yang terbentang luas di hadapan, Cape of Good Hope dan Chapman’s Peak (merupakan sebuah gunung yang terletak di sebelah barat Cape Peninsula lebih kurang 15 km ke selatan Cape Town berhampiran Telok Hout (Hout Bay). Sebelah barat gunung ini mengadap Laut Atlantik.

 

HARI 05: CAPE TOWN [SP/MT/MM]

Selepas sarapan ke Table Mountain (dengan menaiki kereta kabel sekiranya cuaca mengizinkan) dan lawatan di sekitar “Mother City” atau Cape Town termasuk Malay Quarter dengan rumah-rumah yang berwarna warni itu, Castle of Good Hope, Company Gardens, The Bo-Kaap, V & A Waterfront ## tepian laut Victoria & Alfred yang terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong & Green Market

 

Square. Dalam cuaca yang cerah dari puncak Table Mountain anda akan menikmati pemandangan hebat Cape Town, pinggiran lautnya, Camps Bay dan juga gunung Hotenttots Holland yang berdiri gagah dan terletak di sebelah timur. Anda juga boleh melihat gunung-ganang di Semenanjung Cape yang bersambungan sehingga ke Cape Point. Kereta kabel Table Mountains adalah acara wajib bagi semua pengunjung ke Cape Town di mana mereka boleh melihat pemandangan 360 darjah. Table Mountain lah yang menjadikan Cape Town ini sebuah bandar yang unik dengan ketinggian 1000 meter di atas paras laut.

 

HARI 06: CAPE TOWN –KNYSNA # golden route [SP/MT/MM]

Selepas sarapan pagi anda dibawa ke Knysna melalui Mossel Bay untuk melawat pejabat pos & Diaz Museum. Ketibaan di Knysna, check in hotel.

 

HARI 07: KNYSNA – GEORGE - JOHANNESBURG [SP/MM]

Sebelah pagi belayar di Knysna Lagoon.

Knysna adalah sebuah bandar dengan penduduk seramai 68,659 orang pada 2011 ,ia terletak di Wilayah Cape Barat Afrika Selatan dan merupakan sebahagian daripada “Garden Route”. Ia terletak 34 darjah di selatan khatulistiwa, dan 55 kilometer ke arah timur dari bandar George di lebuh raya N2, dan 33 kilometer di barat bandar Plettenberg Bay di jalan yang sama. Tarikan utama ialah Knysna Lagoon yg menawarkan pemandangan yg cantik. Bertolak ke George untuk menaiki penerbangan ke Johannesburg. Ketibaan di Johannesburg & bermalam di Johannesburg.

 

HARI 08: JOHANNESBURG - SUNCITY [SP/MT/MM]

Selepas sarapan, bertolak ke ke Pilanesberg National Park di mana anda berpeluang untuk melihat “Big 5” dan lain-lain binatang seperti Zirafah, Zebra dan antelope. Game drive dengan pacuan empat roda koc safari untuk melihat “The Big Five”. Bermalam di Sun City.

 

HARI 09: SUN CITY – PRETORIA – JOHANNESBURG [SP/MT/MM]

Selepas sarapan bertolak ke Pretoria, lawatan orientasi di Pretoria & kembali ke Johannesburg untuk melawat Constitution Hills dan lawatan orientasi di Johannesburg. Constitution Hills adalah Mahkamah Perlembagaan South Africa (South African Constitutional Court), badan keadilan yang tertinggi di Afrika Selatan. Guided tour ditawarkan di dalam bangunan mahkamah ini dan juga beberapa lokasi

dalam kompleks ini serta “Number Four” di mana banduan-banduan kulit berwarna dipenjarakan dalam zaman pemerintahan Apartheid termasuk Nelson Mandela.

 

HARI 10: JOHANNESBURG – VICTORIA FALLS (ZIMBABWE) [SP/MM]

Selepas sarapan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Victoria Falls dengan menaiki British Airways. Setengah hari lawatan di Victoria Falls di bahagian Zimbabwe. Makan tengahari dan malam di hotel. Aktiviti yang dilakukan ialah dengan melihat Victoria Fall bersama pemandu pelancong tempatan. Pemandangan Victoria Falls ini adalah sesuatu yang tidak akan anda lupakan dan cara yang terbaik untuk melihatnya ialah dengan dipandu oleh seorang pemandu pelancong. Ketahuilah bagaimana air terjun ini terbentuk dan apakah adat dan tradisi tempatan yang mengelilinginya. Lawatan ini amat bermaklumat dan diakhiri dengan kunjungan ke pusat kraftangan dan cenderahati.

 

HARI 11: VICTORIA FALLS (ZAMBIA) [SP]

Selepas sarapan pagi, pada hari ini anda akan dibawa melihat keindahan Victoria Falls di bahagian Zambia. Dengan kelebaran 1688 meter dan ketinggian 108 meter serta isipidadu air yang jatuh sebanyak 550 liter seminit, Victoria Falls sememangnya “Natural Wonders” yang diletakkan di bawah UNESCO.

 

HARI 12: VICTORIA FALLS – JOHANNESBURG [SP/MM]

Selepas sarapan pagi, penerbangan ke Johannesburg. Masa bebas di Johannesburg.

 

HARI 13: JOHANNESBURG – MAURITIUS – KUALA LUMPUR [SP]

Selepas sarapan, acara bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk ke Mauritius. Ketibaan di Pulau Mauritius, transit dan menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur.

 

HARI 14: KLIA

Ketibaan di KLIA jam 11.00 pagi dengan selamat Insya- Allah.

 

HARGA UNTUK SEORANG:

DEWASA

KANAK-KANAK (2-bawah

12 tahun)

BILIK BERDUA

BILIK SINGLE

BILIK BERDUA

TANPA KATIL

RM 18,680

RM 20,680

TBA

TBA

 

JADUAL & TARIKH PENERBANGAN:

SEKTOR

ETD/ETA

KOD AIRLINES

SEPT

KUL-MRU

1335/1845

MK 647

24/09/2020

MRU-CPT

0845/1250

MK 843

24/09/2020

GRJ-JNB

1630/1810

SA 2076

28/09/2020

JNB-VFA

1125/1305

BA 6285

01/10/2020

VFA-JNB

1355/1535

BA 6282

03/10/2020

JNB-MRU

1335/1935

MK 852

04/10/2020

MRU-KUL

2040/1000+1

MK 646

04/10/2020

 

HARGA TERMASUK:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi dengan Air Mauritius & cukai Lapangan
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi dengan British Airways (Johannesburg-Victoria Falls- Johannesburg) + Cukai lapangan
  • Penerbangan domestic Port Elizabeth – Johannesburg dengan British Airways
  • 12 malam penginapan di hotel & lodge pilihan dengan sarapan
  • Makan tengahari & malam seperti dalam aturcara
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/
  • Air mineral dalam bas
  • Bayaran masuk ke tempat–tempat lawatan
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas

 

HARGA TIDAK TERMASUK

  • Perbelanjaan persendirian
  • Insuran perjalanan

 

COMPLIMENTARY: Beg Kembara beroda

 

TERMA & SYARAT:

DEPOSIT/BAYARAN DAN PEMBATALAN PAKEJ:

  1. Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM 3,000 seorang diterima oleh
  2. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan seperti yang dijadualkan, pihak Safirgotravel atas budibicaranya, berhak mutlak untuk tidak memulangkan duit deposit dan membatalkan
  3. Pembatalan tempahan oleh para peserta pakej wajib dilakukan menerusi surat atau emel untuk mengelak dari sebarang
  4. Sekiranya pembatalan pakej dilakukan lebih dari 45 hari sebelum tarikh penerbangan, duit deposit akan dipulangkan selepas ditolak caj pengurusan sebanyak RM250. Untuk pembatalan yang dilakukan peserta 45 hari atau kurang dari tarikh penerbangan, sila rujuk jadual dibawah:

Tempoh

Caj Pembatalan

Lebih dari 45 hari

Pemulangan deposit tolak RM250 (yuran

pengurusan)

30 - 45 hari sebelum penerbangan

Deposit hangus

22 - 29 hari sebelum penerbangan

75% dari harga pakej

21 hari atau kurang sebelum

penerbangan

100% dari harga pakej

NOTA PENTING:

  1. Harga, tarikh, aturcara, jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan jika diperlukan, dengan ataupun tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Makluman , semua harga pakej perlancongan dan umrah yang tertera adalah berdasarkan pada kadar nilaian Ringgit Malaysia (MYR) semasa berbanding nilai matawang asing US Dollar (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), Australian Dollar (AUD), Saudi arabian Riyal (SAR), Chinese Yuen dan sebagainya. Disebabkan ketidakstabilan kadar nilai Ringgit Malaysia (MYR) ketika ini berbanding dengan nilai matawang asing yang tersebut diatas, harga yang ditawarkan mungkin akan berubah semasa membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Pihak Safirgotravel akan memaklumkan kepada para peserta pakej yang telah membuat penempahan sekiranya ada perubahan harga dan
  3. Semua penerbangan dan hotel bersifat sementara dan tertakluk kepada perubahan sebelum pengesahan
  4. Tak semua hotel yang menyediakan kemudahan cerek dan seterika
  5. Tak semua hotel menyediakan bilik berkongsi 3 orang. Jadi, katil ekstra akan ditambah ke bilik berkongsi dua.
  6. Sahlaku paspot hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kembali ke
  7. Peserta pakej adalah bertanggungjawab untuk menentukan nama mereka tidak di senaraihitam oleh mana-mana badan kawal selia di Malaysia atau destinasi luarnegara yang melarang keluar atau masuk.ke negara tersebut
  8. Safirgotravel tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya mana-mana peserta dinafikan perjalanan ke luar negara oleh pihak Imigresen Malaysia. Bayaran pakej tidak akan
  9. Semua makan yang tertera didalam aturcara adalah halal untuk orang Muslim, kecuali sarapan pagi yang kebiasaannya disediakan menurut standard menu buffet antarabangsa oleh pihak hotel.

 

Untuk tempahan, bayaran pendahuluan boleh dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek*:-

Penama : SAFIR GO TRAVEL SDN BHD

Bank : MAYBANK ISLAMIC, CPI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.

No. Akaun : 5628-3461-9640

 

*SETIAP PEMBAYARAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BUKTI PEMBAYARAN UNTUK PENGESAHAN.

Maklumat Tambahan

Kod Pesawat

  • MH - Malaysia Airlines
  • SV - Saudi Airlines
  • GA - Garuda
  • IY - Yemenia Airways
  • PK - Pakistan International Airlines
  • MS - Egyptair
  • RJ - Royal Jordanian
  • TK - Turkish Airlines
  • CZ - China Southern Airlines
  • CX - Cathay Pacific
  • VN - Vietnam Airways
  • IR - IRAN AIR
  • QR - Qatar Airways
  • EY - Etihad Airways
  • EK - Emirates Airways
  • WY - Oman Airlines
  • HY - Uzbek Airlines
  • AK - Air Asia
  • LH - LUFTHANSA
  • SQ - SINGAPORE AIRLINES
  • TG - THAI AIRWAYS
  • QF - QANTAS
  • MK - MAURITIUS AIRLINE
  • BA - BRITISH AIRWAYS
  • D7 - Air Asia X
  • MU - China Eastern Airline
  • UL - AIR LANKA
  • AZ - ALITALIA
  • JQ - JETSTAR
  • W5 - MAHAN AIR
  • OD - MALINDO AIR
  • S7 - SIBERIA AIRLINE
  • KL - KLM
  • SU - AEROFLOT
  • KA - DRAGON AIR
  • CA - Air China
  • KC - AIR ASTANA
  • PR - Philippine Airlines

PERHATIAN

         NOTE : ALL ENTRANCE TICKET SUBJECT TO AVAILABILITY

  • Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.
  • Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.
  • Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  • Passport antarabangsa perlu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
  • Peserta hendaklah fax, email/pos salinan passport 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk bertiga sebilik (triple room). Oleh itu, untuk penempahan 3 orang sebilik, hanya katil tambahan yang disediakan.